Skip to main content

Hiburan

Syawal Lebih Meriah! Astro Tampil Dengan Deretan Program Digital Dan Filem Menarik Sepanjang Musim Perayaan

Syazwan Zakaria

Sempena sambutan Syawal tahun ini, Astro tampil dengan pelbagai kandungan menarik menerusi platform televisyen, pawagam dan digital bagi menghiburkan penonton sepanjang musim perayaan.

Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah menerusi platform Astro Gempak, penonton bakal disajikan dengan program khas Gempak Most Wanted Raya yang menampilkan pemenang daripada acara Gempak Most Wanted Awards, Sayang Ajar Masak Raya dan Travel Balik Utara. 


“Seperti yang semua tahu, kita baru sahaja habis Gempak Most Wanted Awards, jadi untuk Gempak Most Wanted Raya kita menjemput para pemenang daripada award show untuk bersama-sama kita berkongsi persiapan raya mereka. 

“Di Astro Ria kita juga ada rancangan masak iaitu Sayang Ajar Masak Raya episode Datih Shahidah dan Amayan di mana mereka memasak tanpa pandang antara satu sama lain dan kita juga ada travelogue iaitu Travel Balik Utara bersama Bella Dowana, Kimberley Chua dan juga Bidin, jadi itu untuk digital,” katanya. 

Dalam pada itu, Astro turut menyajikan beberapa filem menarik yang boleh ditonton menerusi pawagam dan juga platform televisyen.

Antaranya ialah Papa Zola The Movie yang akan ditayangkan di Astro First bermula 19 Mac ini. Menurut Syazwan, filem tersebut sebelum ini telah mencatat kutipan lebih RM68 juta di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Untuk Astroverse, kita ada dua filem besar untuk Syawal ini iaitu Papa Zola yang akan ditayangkan di Astroverse mulai 19 Mac ini. Untuk pengetahuan, filem ini dah mendapat kutipan sebanyak lebih 68 juta di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. 

“Jadi siapa yang tak sempat tengok hari itu di pawagam boleh tengok dan kita juga ada filem Abah Saya Uncle Mike,  Inspirasi daripada kisah benar dimana kisah Uncle Mike yang menjaga seorang lelaki berbangsa Cina menjaga tiga orang anak Melayu. 

“Pada hari raya keenam jangan lupa untuk saksikan filem Mailakat Malam lakonan Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol yang mengisahkan Mat Motor jatuh cinta dengan seorang gadis buta. Seminggu selepas itu, kita ada Mikael: Pemburu Alam lakonan Datuk Remy Ishak yang menjadi The Ghostbuster. Jadi jangan lupa saksikan Malaikat Malam pada Raya ke-6 dan Mikael akan bermula 2 April di pawagam,” ujarnya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

Dress Hannah

Dress Hannah

Sampul Duit Raya Viral & Brands

Sampul Duit Raya Viral & Brands

MutiBox Round Rotatable Round Food Storage Container Box 1 2 3 5 6 9 Layer Durable PP PET Material

MutiBox Round Rotatable Round Food Storage Container Box 1 2 3 5 6 9 Layer Durable PP PET Material

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Must-Watch Video

Advertisement