Skip to main content

Hiburan

Syed Abdullah Beri ‘Hint’ Hubungan Syed Saddiq & Bella Astillah - “My Sister, She Is Soon To Be…”

Spacedollah

Sekilas

  • Abang Syed Saddiq, Syed Abdullah atau Spacedollah, memberi bayangan hubungan adiknya dengan Bella Astillah menerusi video TikTok.
  • Spacedollah menyifatkan Bella sebagai adik perempuannya dan menyatakan Bella bakal bersama seseorang terbaik yang dikenali olehnya.
  • Wargamaya mula membuat spekulasi kenyataan itu berkaitan hubungan Syed Saddiq dan Bella, terutamanya selepas mereka dilihat mendaki Gunung Kinabalu bersama anak lelaki Bella.

Abang kepada ahli politik, Syed Saddia iaitu Syed Abdullah seakan-akan memberi bayangan mengenai hubungan adiknya dengan penyanyi yang juga pelakon Bella Astillah. 

 

Menerusi video di TikTok, Syed Abdullah atau Spacedollah menjawab pertanyaan seorang pencipta kandungan dari Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Terry Pernell mengenai Bella. 

 

Menganggap Bella sebagai adik perempuannya, Spacedollah memberitahu penyanyi itu bakal bersama seseorang terbaik yang dikenalinya. 

 

“Dia (Syed Saddiq) bersama wanita terhebat yang juga adik perempuan saya, Bella Astillah. Adik perempuan saya, dia ibu kepada dua cahaya mata yang cantik yang mempunyai intelek. 

 

“Dia (Bella) bakal bersama seseorang terbaik yang saya kenal. Mereka berdua kini sedang menjalani sesi fotografi bersama dengan banyak perkara,” katanya.

 

Rata-rata wargamaya mula membuat spekulasi kenyataan Spacedollah itu ditujukan kepada hubungan Syed Saddiq dengan Bella Astillah. 

 

“Soon to be with a person I know… damn spill lagi spill lagi. 

 

“Nah bocor rahsia sudah. 

 

“Bukan teh dalam cawan yang tertumpahkan, sebalang terus dia bagi tumpah. Terbaik abang ipar ini,” komen wargamaya. 

 

Untuk info, Syed Saddiq bersama Bella dan anak lelakinya Ayden mendaki gunung Kinabalu, Sabah pada Jumaat.

@terrypernell I’m with Syed Saddiq’s brother, and I’ve been reading the comments. People are emotional, divided, and loud — but I wanted a simple explanation. No politics. No sides. Just understanding. #SyedSaddiq #MalaysiaPolitics #MalaysianVoices #spacedollah #travelwithterryp @Sutera Sanctuary Lodges @Spacedollah ♬ original sound - TravelWithTerryP🇺🇸➡️🇲🇾Asia

Must-Watch Video

Advertisement