Sekilas
- Bella Astillah dan Syed Saddiq muncul bersama anak-anak mereka, Ayden dan Ara, dalam program masakan Gempak, YB Di Dapur.
- Syed Saddiq menunjukkan kemahiran memasak nasi ayam sambil melayan gelagat comel anak-anaknya di dapur.
- Netizen terhibur dengan keakraban keluarga ini dan tidak sabar menantikan episod seterusnya yang akan disiarkan di YouTube dan Facebook Astro Gempak.
Pasangan, Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian netizen selepas muncul bersama anak-anak, Ayden dan Ara menerusi program masakan terbitan Gempak, YB Di Dapur.
Menerusi episod berkenaan, Syed Saddiq dilihat mencuba kemahiran memasak apabila belajar menyediakan nasi ayam bersama Bella serta anak-anak mereka.
Namun, bukan sahaja aksi Syed Saddiq memasak yang menjadi perhatian, sebaliknya gelagat mesra dan spontan pasangan berkenaan bersama Ayden dan Ara turut membuatkan penonton terhibur.
Antara momen yang mencuri perhatian adalah ketika Syed Saddiq melayan Ara di dapur, selain menunjukkan sisi seorang bapa yang begitu mengambil berat terhadap anaknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan gelagat Syed Saddiq bersama Ara sebagai comel dan menghiburkan.
“Eh jangan, jangan... let daddy do it. Awww, sweetnya daddy dengan Ara 🥹 Kecoh betul bila anak-beranak masuk dapur! Comel sangat tengok chemistry dorang semua 😆 Can't wait for the next episode!
“Bestnya tengok anak beranak masak di dapur. Cannot wait for the next episode.
“Comel family ni, sweet sangat daddy, awwww.
“Daddy ngan Ara cuteee.
“Yang Berkhidmat di dapur 😂😂😂
“Huru-hara betul meja Saddiq & Ara 😂😂
“Awhhh happy familyyy-nya tengok 😍😍," komen netizen.
Nak saksikan lebih banyak gelagat Syed Saddiq dan Bella Astillah dalam YB Di Dapur?
Saksikan episod seterusnya pada Jumaat depan menerusi YouTube dan Facebook Astro Gempak serta tiga lagi episod akan menyusul pada bulan Ramadan nanti!