Sekilas
- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi bahawa pendapatan dalam industri seni seperti yang diceburi tunangnya, Bella Astillah, boleh jauh lebih tinggi berbanding kerjaya politik.
- Saddiq menegaskan pentingnya keseimbangan dalam hubungan supaya kedua-dua pasangan dapat mengejar impian masing-masing tanpa mengorbankan satu sama lain.
- Syed Saddiq dan Bella Astillah baru sahaja mengikat tali pertunangan dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berharap tidak ada lagi yang memandang rendah terhadap pekerjaan dalam industri seni seperti yang diceburi oleh tunangnya iaitu penyanyi, Bella Astillah.
Menerusi sesi temu bual di YouTube bersama podcast @lebihmasa, Saddiq berkongsi realiti sebenar mengenai perbezaan pendapatan antara dunia politik dan kerjaya seni.
Menurut Saddiq, tanggapan bahawa ahli politik memperoleh pendapatan yang tinggi tidak semestinya tepat.
“Walaupun saya berada dalam parti politik pembangkang, di Parlimen pun saya di kerusi pembangkang, tetapi apabila saya diberikan juga peluang untuk bekerja di luar skop politik walauoun kebanyakkan dananya disumbang balik ke Muar, saya perasan, orang ingat politik ini pay a lot, tetapi the pay outside is so much better.
“Saya ada kongsikan dengan tunang saya, kalau dia pergi buat konsert atau menyanyi, dia menyanyi satu malam tu bersamaan dengan gaji saya sebulan.
“Bila saya buat shooting sekarang, shooting satu hari seperti bersamaan dengan dua, tiga bulan gaji sebagai ahli parlimen,” jelasnya.
Dalam pada itu, Saddiq juga menegaskan perlunya ada keseimbangan hubungan, terutama dalam mengejar impian masing-masing.
Kata Saddiq, walaupun Bella diberi sedikit pendedahan tentang politik namun dia sama sekali tidak akan menghalang minat atau kerjaya yang disukai oleh pasangannya.
“Memang kena, ada banyak pendedahan tentang masa depan kerana saya tak nak saya sorang sahaja mengejar impian saya tetapi demi impian tersebut saya mengorbankan impian pasangan saya, itu tidak betul dan tak adil.
“Saya tak nak kerana impian saya, terkuburlah impian pasangan dan sebagai seorang wanita berkerjaya yang boleh dikatakan jauh lebib baik daripada saya, itu tidak adil,” ujarnya.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.
Dalam majlis tersebut, Bella tampil anggun menggayakan busana berwarna hijau sage rekaan Atelia Amani.