Skip to main content

Hiburan

Syed Saddiq Kongsi Video ‘Pre-Wedding’ Di London, Peminat Teruja Nak Saksikan Penyatuan Dua Jiwa

Syed Saddiq

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal melangsungkan pernikahan pada Sabtu ini di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.
  • Syed Saddiq berkongsi video teaser pre-wedding di media sosial sambil menghitung masa sebelum mengakhiri zaman bujang.
  • Majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung eksklusif di Astro Ria, sooka dan OnDemand.
Advertisement

Debaran kian terasa buat pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan bakal suaminya iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang akan melangsungkan pernikahan pada Sabtu ini. 

 

Advertisement

Menghitung waktu bergelar suami, Syed Saddiq berkongsi video pendek teaser ‘pre-wedding’ mereka menerusi sosial media miliknya. 

 

Menerusi perkongsian itu, Syed Saddiq menghitung masa sebelum mengakhiri zaman bujang dan bakal memulakan satu bab baru bersama tunangnya, Bella Astillah. 

Advertisement

 

“A thousand moments led me to you ✨38 jam lagi (Khamis) sebelum mengakhiri zaman bujang. Lepas tu, bermulalah satu bab baru. Bukan lagi tentang “saya”, tapi “kita”❤️ bellaastillah,” kongsinya. 

 

Rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan momen bahagia pasangan tersebut disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu ini di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

 

Jangan lupa saksikan siaran langsung majlis nikah Bella Astillah dan Syed Saddiq secara eksklusif hanya di Astro Ria, sooka dan OnDemand. 

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Must Watch Video

Advertisement