Skip to main content

Selebriti

Syed Saddiq Luah Rasa Syukur, Perjuangan Lebih Enam Tahun Berakhir - “Saya Tak Lari, Tak Menangguh, Tak Minta Layanan Istimewa…”

Saddiq dan keluarga

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, lega selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan pembebasannya, menamatkan proses perundangan selama lebih enam tahun.
  • Syed Saddiq menegaskan perjuangannya berlandaskan prinsip dan kecintaan terhadap Malaysia, tanpa dendam terhadap mana-mana pihak.
  • Beliau mengucapkan terima kasih kepada keluarga, penyokong, dan rakyat Malaysia serta berikrar meneruskan perjuangan di Parlimen demi negara.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan pembebasannya, sekali gus menamatkan proses perundangan yang dilaluinya sejak lebih enam tahun lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Saddiq berkata, sepanjang lebih enam tahun melalui proses perundangan, dia tidak pernah melarikan diri, menangguhkan prosiding atau meminta layanan istimewa kerana percaya seorang pemimpin perlu berpegang teguh pada prinsip.

Advertisement

“Alhamdulillah. Hari ini, mahkamah tertinggi negara telah membuat keputusan. Pembebasan saya kekal. Tetapi hari ini bukan sekadar tentang kebebasan saya.

“Ini tentang satu prinsip bahawa kebenaran mesti dipertahankan, walaupun harga yang perlu dibayar sangat mahal.

“Lebih enam tahun saya melalui proses ini. Saya tidak lari. Saya tidak menangguh. Saya tidak minta layanan istimewa. Mengapa?

“Kerana saya percaya Malaysia mesti dipimpin oleh mereka yang sanggup kehilangan kedudukan demi prinsip, bukan menjual prinsip demi kedudukan.

“Saya boleh memilih jalan yang lebih mudah. Saya boleh berdiam diri. Saya boleh tunduk.

“Tetapi kalau kita sendiri menyerah ketika diuji, bagaimana kita mahu meminta rakyat terus percaya kepada negara ini?” jelasnya.



Malah, Saddiq juga menegaskan perjuangannya bukan didorong oleh kebencian terhadap mana-mana pihak, sebaliknya kerana kecintaannya terhadap negara.

“Saya melawan bukan kerana saya membenci sesiapa. Saya melawan kerana saya terlalu mencintai Malaysia.

“Perjalanan ini hampir merampas banyak daripada saya, masa, nama baik dan masa depan. Tetapi ia tidak pernah merampas kepercayaan saya terhadap Malaysia,” tegasnya.

Dalam pada itu, Saddiq juga turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan serta memberikan sokongan sepanjang berdepan ujian tersebut.

“Terima kasih kepada Mama dan Abuyah, yang menanggung kesakitan ini bersama saya dalam diam.

“Kepada keluarga, tunang saya, pasukan guaman, sahabat-sahabat, rakyat Muar dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti mendoakan saya, terima kasih.

“Perjalanan ini mengajar saya bahawa kuasa itu sementara. Jawatan itu sementara. Tetapi prinsip, maruah dan khidmat itulah yang kita tinggalkan kepada generasi seterusnya.

“Hari ini bukan hari untuk membalas dendam. Saya keluar dari mahkamah bukan dengan kebencian, tetapi dengan tanggungjawab yang lebih besar.

“Selepas ini, saya terus ke Parlimen. Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang saya.

“It has always been Malaysia first. Dulu, sekarang dan selamanya,” tulisnya.

Terdahulu Syed Saddiq dapat menarik nafas lega apabila keputuran rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya berpihak kepada dirinya.

Syed Saddiq dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement