Skip to main content

Viral

Syed Saddiq Nafi Edar Kad Jemputan Kahwin - "Itu Adalah..."

saddiq_kahwin

Sekilas

  • Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq, menafikan dakwaan bahawa dia telah mengedarkan kad undangan perkahwinan dengan Bella Astillah dan menjelaskan video viral itu adalah permohonan mewakili rakyat Muar kepada pimpinan negara.
  • Saddiq berkata jika kad undangan perkahwinannya sudah siap, dia pasti akan berkongsi dengan semua dan meminta orang ramai mendoakan hubungan mereka yang istimewa.
  • Beliau juga berkongsi tentang penglibatannya dalam pertunjukan fesyen Dr Cardin kali keempat serta sumbangan RM4.5 juta untuk parlimen Muar dalam bentuk bantuan makanan, komputer riba, dan biasiswa pendidikan.
Advertisement

Ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq menafikan dakwaan kononnya beliau sudah mengedarkan kad udangan perkahwinannya dengan Bella Astillah seperti yang tular baru-baru ini.

Menurut Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, video viral yang menunjukkan dia memberikan sesuatu sewaktu di parlimen itu bukanlah kad undangan perkahwinan sebaliknya adalah permohonan mewakili rakyat Muar.

Advertisement

"Saya nak bercakap jujur, bila kad itu disampaikan di parlimen, itu sebenarnya adalah permohonan saya mewakili orang Muar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Itu adalah tugas saya untuk sampaikan kepada kepimpinan negara. Ini adalah tanggungjawab hakiki saya," katanya ketika ditemui di majlis The Raya Table by Dr Cardin, pada Rabu.

Tambah Saddiq lagi, jika benar kad undangan perkahwinannya sudah siap satu hari nanti, dia pasti akan memberi semua.

"Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau. Waktu saya akan tiba. Saya rasa perkara ini pun bukan perkara baru bagi saya dan wanita istimewa, Bella.

"Saya selalu minta untuk doakan saya. Kerana dia itu sangat penting. Insya-Allah tahun ini tahun yang sangat bermakna dan istimewa," jelasnya.

Bercakap tentang pembabitannya dalam pertunjukan fesyen Dr Cardin, kata Saddiq dia bersyukur kerana sudah empat kali terlibat dengan jenama sepatu lokal terkemuka itu.

"Saya di sini untuk memberi sokongan kepada Dr Cardin. Ini adalah pembabitan saya yang keempat. Kali ini saya mempromosikan sandal lelaki sempena koleksi lebaran.

"Saya kagum dengan jenama ini yang dulunya hanya dipakai oleh datuk atau ayah kita. Tetapi kini lebih berjiwa muda.

"Saya bersyukur dan berterima kerana masih diberi  peluang untuk terbabit dengan pelbagai jenama. Alhamdulillah tahun lepas sahaja saya dapat sumbangkan RM4.5 juta untuk parlimen Muar merangkumi bantuan makanan, komputer riba, biasiswa pendidikan dan banyak lagi yang lain".

Anda mungkin berminat dengan

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

Casual Women’s Backless Bow Top with Semi-transparent Organza Bubble Sleeves

Casual Women’s Backless Bow Top with Semi-transparent Organza Bubble Sleeves

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

Must Watch Video

Advertisement