Skip to main content

Hiburan

Syed Saddiq Terus Agih Bantuan Lepas Tamat Larian 170KM - “1000 Bakul Makanan, 51 Ipad & …”

Syed Saddiq

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menamatkan Misi Larian Kesyukuran sejauh hampir 170 km dari Putrajaya ke Muar sebagai tanda kesyukuran selepas dibebaskan daripada pertuduhan mahkamah.
  • Selepas larian, beliau mengagihkan 1,000 bakul makanan, 51 unit iPad, dan biasiswa pendidikan bernilai RM61,400 kepada penduduk Muar.
  • Misi itu asalnya menyasarkan kutipan RM200,000 dalam empat hari untuk inisiatif kebajikan di kawasan Parlimen Muar dan beliau akan mengemas kini jumlah kutipan serta perancangan masa depan.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengotakan janjinya dalam membantu penduduk Muar sejurus selepas menamatkan Misi Larian Kesyukuran sejauh hampir 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar pada Ahad.

Selepas menamatkan larian kira-kira jam 9.15 pagi Ahad, Syed Saddiq terus mengagihkan bantuan berupa 1,000 bakul makanan, 51 unit iPad serta biasiswa pendidikan bernilai RM61,400 kira-kira tiga jam selepas itu.

Advertisement

“Hari Isnin kena buat pesanan kedua sebab sudah jauh melangkaui sasaran RM200,000.

“Saya akan kemas kini jumlah keseluruhan malam ini, termasuk bukti resit dan perancangan masa depan.

“Maaf tak cukup tangan sebab satu pasukan sedang sibuk menguruskan hal bantuan,” kongsinya.

Terdahulu, Syed Saddiq memulakan Misi Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya menuju ke Muar sebagai tanda kesyukuran selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan salah guna kuasa dan pecah amanah pada Khamis lalu.

Untuk makluman, misi itu pada asalnya menyasarkan kutipan RM200,000 dalam tempoh empat hari bagi membiayai pelbagai inisiatif kebajikan buat anak-anak dan penduduk di kawasan Parlimen Muar.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement