Skip to main content

Hiburan

Syida Melvin Dalam Keadaan Tak Suci, Prosiding Lafaz Cerai Terpaksa Ditangguh

Syida Melvin

Sekilas

  • Prosiding lafaz cerai Syida Melvin di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terpaksa ditangguhkan ke 12 Ogos kerana Syida berada dalam keadaan haid.
  • Peguam Syida mengesahkan pihak defendan bersetuju untuk lafaz cerai dan kes ini diselesaikan secara baik.
  • Syida mengakui reda dengan keputusan perceraian selepas memfailkan cerai pada Disember tahun lalu dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan.
Advertisement

Prosiding lafaz cerai membabitkan pelakon dan usahawan, Syida Melvin, yang dijadual berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis terpaksa ditangguhkan kerana aktres itu berada dalam keadaan tidak suci (haid).

Menurut peguam syarie mewakili Syida, Nurul Jamaliah, pihak defendan telah menyatakan persetujuan untuk melafazkan cerai, namun prosiding itu tidak dapat diteruskan atas faktor syarak.

Advertisement

“Alhamdulillah hari ini kita sudah selesaikan laporan JKP tapi ada pihak defenden ada mengutarakan pendirian mereka yang dia bersetuju untuk melafazkan cerai.

“Namun kes ini terpaksa ditangguhkan pada 12 Ogos untuk tarikh pihak defendan lafazkan cerai kerana Syida dalam keadaan tidak suci (haid).

“Alhamdulillah kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Khamis.

Disebabkan itu juga, Nurul Jamaliah berkata Hakim Syarie, Norul Aina Bahari menetapkan 12 Ogos ini sebagai tarikh baharu untuk lafaz cerai.

Sementara itu, Syida mengakui tidak pernah menyangka rumah tangga yang dibina akhirnya berakhir dengan perceraian, namun dia reda menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan buat dirinya.

“Saya pun tak sangka (penceraian) perkara ini akan berlaku tetapi semuanya sudah tertulis.

“Bagi saya, rumah tangga kami sudah tidak boleh diselesaikan. Lama juga saya simpan rahsia ini tapi lama-kelamaan saya tidak mampu untuk terus berahsia.

“Mungkin isu yang viral tempoh hari (perkongsian di media sosial) adalah kerana emosi sebab mengenangkan apa yang berlaku pada saya dan anak-anak,” ujarnya.

Terdahulu, Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement