Skip to main content

Hiburan

Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami

Astro Gempak 377

Sekilas

  • Pelakon Syida Melvin telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember tahun lalu.
  • Prosiding kes perceraian mereka sedang berjalan dan pernah ditangguhkan untuk usaha berdamai, namun Syida tetap meneruskan proses cerai.
  • Syida dan Syafiq berkahwin pada Januari 2019 dan dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

Pelakon Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.

"Syida yang failkan cerai pada Disember tahun lalu, tapi sebutan pertama baru dijalankan pada 2 April lalu," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Nurul Jamaliah turut memaklumkan perbicaraan kes berkenaan juga pernah ditangguhkan sebelum ini sebagai usaha untuk berdamai.

"Kalau ikutkan perbicaraan pernah ditangguhkan sekali kerana dengan niat ingin berdamai tetapi Syida nekad untuk teruskan (penceraian) juga," ujarnya. 

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Sumber: Mstar

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement