Skip to main content

Hiburan

Syukur Sertai Keluarga Iskandar, Nabil Aqil Anggap Semua Seperti Keluarga Sendiri - "Mereka Sangat Welcoming..."

Nabil Aqil

Pelakon, Nabil Aqil meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama popular, Keluarga Iskandar.

Menurut Nabil, sejak hari pertama menjalani penggambaran, dia sudah dapat merasai suasana yang cukup mesra dan harmoni seperti sebuah keluarga sebenar.

“Sejujurnya, saya rasa sangat bersyukur dan teruja dapat jadi sebahagian daripada keluarga Iskandar. Dari hari pertama lagi, suasana di set dah rasa macam satu keluarga sebenar.

“Mereka sangat ‘welcoming’ dan buatkan saya cepat selesa walaupun saya antara yang baru menyertai produksi ini. Pengalaman ini memang sangat bermakna untuk saya sebagai pelakon,” katanya kepada Gempak.

Nabil juga akui peluang bekerja bersama pelakon-pelakon senior dalam drama tersebut merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan tidak ternilai.

Katanya, selain menimba ilmu lakonan, dia turut mempelajari aspek disiplin kerja, cara membawa diri di set serta pentingnya rasa hormat antara rakan produksi.

“Bekerja dengan pelakon-pelakon senior dalam Keluarga Iskandar adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Banyak perkara saya belajar, bukan sahaja dari segi lakonan, tetapi juga disiplin dan cara membawa diri ketika di set.

“Mereka juga tidak kedekut ilmu. Selalu beri tunjuk ajar dan sokongan kepada pelakon muda seperti saya,” ujarnya lagi.

Keluarga Iskandar 3 mula bersiaran pada 6 Februari, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, dan turut boleh distrim menerusi aplikasi Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement