Skip to main content

Selebriti

Tahniah! Aktres Malaysia Fish Liew Menang Pelakon Wanita Terbaik Pada Anugerah Filem Hong Kong

Fish Liew

Sekilas

  • Fish Liew, aktres Malaysia yang terkenal di Hong Kong, memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong ke-44 menerusi filem Someone Like Me.
  • Dalam filem tersebut, Fish membawa watak wanita dengan cerebral palsy, menewaskan pelakon terkenal lain seperti Zhang Ziyi dan Fala Chen.
  • Kemenangan ini mengukuhkan lagi reputasi Fish Liew sebagai pelakon wanita Asia yang semakin menyerlah di peringkat antarabangsa.
Advertisement

Aktres kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hong Kong, Fish Liew, membanggakan negara apabila merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong ke-44.

Kemenangan itu diraih menerusi lakonannya dalam filem Someone Like Me sebagai wanita bernama Ah Mui, sekali gus menewaskan calon lain termasuk Ma Li (The Dumpling Queen), Natalie Hsu (My First of May), Fala Chen (Peg O' My Heart) dan Zhang Ziyi (She's Got No Name).

Advertisement

Filem berkenaan menyaksikan pelakon berasal dari Johor Bahru itu membawakan watak mencabar sebagai seorang penghidap cerebral palsy (palsi serebrum). 

Kejayaan itu sekali gus menandakan satu lagi pencapaian peribadi dalam kerjaya seninya selepas merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada edisi 2022 anugerah itu bagi filem Anita.

Sebelum ini, Liew, 36, berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Hong Kong Film Critics Society Award dan Hong Kong Film Directors' Guild Awards.

Dalam satu hantaran dalam akaun Instagram @fish331, Liew amat menghargai pengiktirafan yang diberi kepadanya, selain bersyukur atas kemenangan diperoleh.

“Terima kasih Persatuan Pengarah Filem Hong Kong kerana memberikan anugerah ini kepada saya,” katanya.

Kejayaan itu membuktikan keupayaan bakat Malaysia untuk bersaing di pentas global, selain memperkukuh kedudukan Fish Liew sebagai antara pelakon wanita Asia yang semakin menyerlah pada peringkat antarabangsa.

Sumber: Awani Menerusi Bernama

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement