Skip to main content

Hiburan

“Tahun Ini Sedikit Berbeza Sebab…” - Jauh Dari Tanah Air, Rizal Rasid ‘Angkut’ Keluarga Beraya Di Malaysia

Rizal Rasid

Penyanyi, Rizal Rasid yang juga ahli kumpulan ALPHA mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini agak berbeza kerana keluarganya dari Brunei bakal datang ke Malaysia untuk meraikan bersama.

Menurut Rizal, sebelum ini kebiasaannya dia akan pulang ke Brunei untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga, namun tahun ini mereka sepakat untuk berkumpul di Malaysia bagi merasai suasana raya di sini.

“Kalau saya, tahun ini sedikit berbeza sebab keluarga saya akan datang ke Malaysia. Sebelum ini, saya akan balik ke Brunei untuk raikan bersama mereka. 

"Tapi saya akan balik ke sana terlebih dahulu untuk berjumpa dengan saudara-mara saya di sana dan menyelesaikan beberapa urusan penting sebelum kembali ke Malaysia bersama keluarga. Saya juga tak sabar nak berkunjung bazar Ramadan kat sana untuk mengubati rindu saya kat Brunei.

“Tahun ini kita raikan di Malaysia sebab mereka nak rasa pengalaman beraya dekat Malaysia. Sambutan itu lebih kurang sama sahaja, cuma vibe dia sedikit berbeza. Sebab dekat Brunei kan you know tempat saya lahir semua jadi sebab tu nak rasa pengalaman dengan keluarga sambut raya dekat sini,” katanya kepada Gempak. 

Dalam masa sama, Rizal turut mengakui ini bukan kali pertama dia beraya di Malaysia, namun sambutan kali ini lebih istimewa kerana dirancang bersama ahli keluarga.

“Kalau untuk saya secara personal, ini dah kali kedua saya beraya dekat Malaysia. Tapi kali ini dan sambut raya betul-betul proper lah yang saya plan dengan family, nak masak-masak sama-sama semua. So saya sangat excited,” tambahnya. 

Mengulas mengenai juadah Hari Raya pula, Rizal berkongsi bahawa terdapat dua hidangan tradisi Brunei yang paling dinantikannya setiap kali pulang beraya, iaitu kelupis dan daging lalap, masakan neneknya.

Kalau saya balik beraya di Brunei, juadah yang paling saya nantikan adalah kelupis dan daging lalap yang nenek saya masak setiap kali beraya. Kelupis tu macam concept ketupat palas tapi die panjang and guna daun pisang, itu memang paling saya nanti-nantikan. 

"Dan kalau daging lalap ni dia daging salai tapi tumis dengan minyak bawang cili semua memang sedap haha, saya memang nantikan dua menu ini setiap kali raya. 

"Saya pernah bawa semasa di Big Stage Alpha, mungkin masa beraya di sini saya akan bawa juga untuk menikmati bersama mereka sekali lagi," ujarnya. 


 

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement