Skip to main content

Selebriti

Tahun Keempat Jalani Ibadah Puasa, Nigel Sparks Seronok Nak Berbuka Dengan Rakan Muslim - "Saya Juga Cuba Untuk Bersahur..."

AstroGempak nigel puasa

Sekilas

  • Nigel Sparks telah berpuasa selama empat tahun dan menganggap puasa Ramadan memberi kesan positif dari segi kesihatan dan hubungan sosial dengan rakan Muslimnya.
  • Nigel menyesuaikan diri dengan rutin sahur dan moreh serta memilih makanan halal sebagai tanda hormat kepada rakan dan pasukannya yang majoritinya Muslim.
  • Nigel baru-baru ini memenangi anugerah Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2025 di Gempak Most Wanted Award 2025, mengalahkan sembilan calon lain.

Pencipta kandungan digital, Nigel Sparks, telah mengamalkan ibadah puasa pada bulan Ramadan dan kini memasuki tahun keempat.

Menurut Nigel, amalan berpuasa bukan sahaja memberi impak positif dari segi kesihatan fizikal, malah membuka ruang untuk dirinya mengeratkan lagi hubungan bersama rakan-rakan beragama Islam.

“Tahun ini, sudah tahun keempat saya berpuasa, tahun lepas saya dapat berpuasa penuh, untuk tahun pertama dan kedua tu saya on dan off.

“Tahun ini kalau dapat, saya cuba berpuasa penuh. Sebab saya dikelilingi dengan kawan-kawan yang majoritinya muslim, jadi saya rasa ia adalah biasa untuk saya berpuasa.

“Selepas saya cuba berpuasa, saya banyak belajar bersama mereka dan melihat keindahan puasa dan agama Islam,” katanya kepada Gempak.

Nigel berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Gempak Most Wanted Awards 2025 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam baru-baru ini.

Tambah Nigel lagi, sebelum ini dia telah mengamalkan konsep ‘intermittent fasting’, namun katanya berpuasa pada bulan Ramadan memberikan cabaran yang berbeza.

“Saya buat ‘intermitent fasting’, saya percaya dengan puasa tetapi sudah tentu, berpuasa di bulan Ramadan ini level dan cabarannya juga lain.

“Memang banyak menguji kesabaran dan sebagainya jadi saya akan cuba sebaik mungkin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nigel turut menyesuaikan diri dengan rutin bersahur dan moreh.

Malah, dia memilih untuk mengambil makanan halal ketika berbuka sebagai tanda hormat terhadap rakan-rakan serta ahli pasukannya yang majoritinya beragama Islam.

“Saya juga cuba untuk bersahur dan juga moreh. Kalau berbuka pun saya akan memilih makanan yang halal kerana saya berbuka bersama kawan-kawan muslim.

“Team saya juga majoritinya adalah muslim, jadi tak baiklah,” katanya.

Terdahulu, Nigel dinobatkan sebagai pemenang anugerah Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2025 di malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA2025).

Nigel berjaya mengalahkan sembilan calon lain iaitu Afina Balqis, Amirul Danial, Ashrffanuar, Ashyy Edward, Athina Kamarudin, Danny Hazziq, Eima Safuan, Elina Aisyah,  dan Raidah Nurr.

Kategori ini berdasarkan personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan berkaitan kecantikan dan fesyen sama ada makeup, review, Inspo, dan Live Creator.


Selain itu mereka memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement