Skip to main content

Hiburan

Tak Berehat! Lepas Buat ‘Sale’ RM3 Juta, Khairul Aming Terus… - “Songkok Pun Tak Sempat Buka”

Menerusi hantaran yang dikongsikan rakan baiknya, @kemeyyhakim di Threads, Khairul Aming dilihat masih tekun membalas komen dan berinteraksi dengan pengikutnya di platform berkenaan.

Sekilas

  • Usahawan dan personaliti media sosial Khairul Aming masih gigih membalas komen dan berinteraksi dengan pengikut walaupun sudah mencatat jualan RM3 juta.
  • Khairul Aming menganggap aktiviti membalas komen sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai CEO dan turut menghadiri sebuah forum.
  • Netizen kagum dengan dedikasi Khairul Aming yang terus bekerja walaupun sudah mencapai kejayaan besar dalam jualan.
Advertisement

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas dilihat masih gigih bekerja biarpun baru sahaja mencatat jualan mencecah RM3 juta.

Menerusi hantaran yang dikongsikan rakan baiknya, @kemeyyhakim di Threads, Khairul Aming dilihat masih tekun membalas komen dan berinteraksi dengan pengikutnya di platform berkenaan.

Advertisement

“Lepas buat sales 3 juta, CEO terus sambung reply threads Bila dia nak rehat,” tulisnya. 

Sementara itu, Khairul Aming turut membalas hantaran tersebut secara berseloroh dengan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO).

“Inilah kerja hakiki CEO. banyak lagi tengah nak reply ni,” balasnya.

Tidak terhenti di situ, Kemey turut berkongsi dengan pengikutnya bahawa Khairul Aming sempat menghadiri sebuah forum.

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan cara kerja yang ditonjolkan oleh pengusaha Sambal Nyet itu. 

“Dia sale RM3 juta pun terus kerja. Aku dapat duit bonus RM500 terus buka Zalora.”

 

“KA yang dapat RM3 juta pun gigih reply komen kat Threads. Kita ni baru sales ciput dah malas nak reply.”

“Songkok pun tak sempat buka.”

“Dia macam tu pun masih menghadap telefon. Aku baru pecah telur RM0.20, melompat tinggi tak turun-turun lagi ni.”

“Sale RM3 juta sambung buat kerja. Kalau saya, terus buka pakej percutian,” komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement