Skip to main content

Filem

‘Tak Berlagu’ Bukan Sekadar OST, Ernie Zakri Tersentuh Dengan Emosi Seorang Ibu - “Sepanjang Rakaman, Air Mata Tak Berhenti Mengalir”

Ernie tak berlagu

Sekilas

  • Ernie Zakri terlibat dalam lagu tema rasmi filem Khadam, 'Tak Berlagu', kerana hubungan emosi dengan jalan cerita dan watak Melor.
  • Lagu ini digubah oleh Rendra Zawawi dan NJWA, menggambarkan kisah kehilangan, kasih sayang, dan pengorbanan seorang ibu.
  • 'Tak Berlagu' kini tersedia di platform digital, manakala filem Khadam akan ditayangkan di pawagam mulai 11 Jun 2026.

Penyanyi, Ernie Zakri mempunyai sebab tersendiri memilih untuk melibatkan diri dalam lagu tema rasmi (OST) filem Khadam yang berjudul ‘Tak Berlagu’.

Menurut Ernie, keputusannya untuk terlibat dalam ‘Tak Berlagu’ hadir daripada hubungan emosi dengan jalan cerita yang dipersembahkan filem tersebut.

“Saya terpanggil kerana jalan cerita ini sangat dekat dengan perasaan saya sebagai seorang ibu.

“Apabila mengetahui ia merupakan kerjasama antara Rendra dan NJWA, saya terus yakin untuk menerimanya,” katanya.

Ernie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Tak Berlagu’ (OST Khadam) dan sidang media khas Ernie Zakri bertempat di KLGCC Mall, pada Isnin.

Tambah Ernie lagi, selain jalan cerita, penghayatan terhadap watak Melor juga turut memberi kesan sepanjang proses rakaman.

“Watak Melor juga merupakan antara satu sebab yang memberikan ‘rasa’ dalam lagu tersebut.

“Sepanjang rakaman, air mata saya tidak berhenti mengalir kerana saya benar-benar dapat merasai emosi itu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia iaitu Hermond Cheng menjelaskan pemilihan Ernie Zakri dibuat berdasarkan kekuatan vokal dan keupayaannya menyampaikan emosi.

“Filem Khadam menitik beratkan penceritaan dalam lagu, dan muzik bukan dijadikan sekadar elemen sokongan sesebuah filem. Ini yang menjadikan projek ini amat menarik.

“Lagu ini berpaksi kepada vokal serta emosi, dan itu juga merupakan kekuatan Ernie,” ulasnya.

‘Tak Berlagu’ merupakan kerjasama antara Komet Productions, Red Communications dan Universal Music Malaysia.

Dipersembahkan oleh Ernie, dengan gubahan oleh Rendra Zawawi bersama NJWA serta lirik yang ditulis sepenuhnya oleh NJWA, ‘Tak Berlagu’ dibentuk mengikut perkembangan emosi watak Melor dari awal hingga akhir.

Melodinya bermula dengan nada yang tenang sebelum beralih kepada rasa yang semakin berat, selari dengan situasi yang dihadapi oleh watak tersebut.

Mengangkat kisah kehilangan, kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu, lagu ini menggambarkan rintihan dan doa yang terpendam dalam usaha melindungi insan yang tersayang.

‘Tak Berlagu’ kini boleh didapati di semua platform penstriman digital, manakala muzik video rasmi akan dilancarkan tidak lama lagi di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

Khadam akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Jun 2026

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Must Watch Video

Advertisement