Skip to main content

Hiburan

“Tak Buat Persediaan Sangat…” - Puteri Aishah Sebak Kenang Raya Tanpa Ibu Tercinta

Puteri Aishah

Sekilas

  • Puteri Aishah tidak membuat persiapan rapi untuk sambutan Aidilfitri tahun ini kerana masih terkesan dengan pemergian ibu tercinta, Norita Sulaiman.
  • Walaupun beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga mentua, dia merancang untuk pulang ke Port Dickson bagi melawat kubur ibunya dan menemani adiknya yang masih bujang.
  • Berita sedih mengenai pemergian ibunya diumumkan oleh Puteri Aishah selepas hampir 10 tahun ibu beliau melawan penyakit kanser.

Pelakon, Puteri Aishah mengakui tahun ini tiada sebarang persiapan rapi bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri memandangkan memori bersama arwah ibu tercinta, Norita Sulaiman masih segar dalam ingatan.

Jelasnya, perayaan itu masih disambut namun tidak semeriah dulu ketika hayat ibunya masih ada.

"Tahun ini, saya tak buat persediaan sangat sebab memang tiada keputusan untuk beraya tapi saya beraya sahajalah cuma tak bersedia sangat. Biasa-biasa saja," katanya.

Ketika ditemui, bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu dilihat gagal menahan sebak setiap kali cuba mengenang memori bersama arwah ibu.

Dalam pada itu, dia juga merancang untuk pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan selepas selesai beraya bersama dengan keluarga mentua bagi menemani adiknya yang masih bujang.

"Tahun ini beraya di Kuala Lumpur sahaja dengan keluarga mentua. Selepas itu saya buat keputusan balik ke Port Dickson.

"Kampung mama untuk melawat kuburnya. Adik saya yang seorang itu masih bujang, jadi saya nak teman dia lah. Kasihan dia, rasa seorang diri tahun ini untuk pertama kalinya," kongsinya.

Terdahulu, Puteri Aishah berkongsi berita sedih apabila ibu tercintanya, Norita Sulaiman, menghembuskan nafas terakhir selepas hampir 10 tahun berjuang melawan penyakit kanser.

Berita duka itu dikongsikan Puteri Aisyah menerusi satu hantaran media sosial yang memperlihatkan luahan penuh emosi mengenang pengorbanan dan kekuatan ibunya sepanjang menjalani ujian tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement