Skip to main content

Hiburan

Tak Cerewet Pun, Fattah Amin & Amira Othman Pilih Bersederhana Ketika Bulan Madu Di Switzerland - “Mereka Tiada Masalah…”

Fattah Amin

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian apabila dipuji oleh pemandu pelancong yang mengiringi mereka sepanjang berbulan madu di Switzerland.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna, Faryha Yakob yang merupakan rakan kepada pemandu pelancong tersebut meluahkan rasa kagum terhadap sikap pasangan itu yang dianggap tidak cerewet dan bersederhana.

Advertisement

“Sebagai seorang yang ulang alik bawa kumpulan pergi Switzerland, boleh cakap mereka ini santai pergi honeymoon.

“Duduk rumah penginapan pun biasa saja. Kawan saya kata, mereka tiada masalah naik bas di sana.Saya bawa client pun mereka tak pernah naik bas di Switzerland. Kalau ditaja lagi la, kadang-kadang nak yang sempurna,” kongsinya.



Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fattah dan Amira kerana mengekalkan gaya hidup sederhana meskipun berkemampuan dari segi kewangan. 

Malah, ramai turut menitipkan doa agar pasangan ini terus dirahmati dan kekal bahagia selamanya.

“Mashaaallah Fattah mmg dari dulu x suka nak grand grand, dan nampaknha Amira pon jenis suka bersederhana.

“Rasanya dorg berdua ni mmg jenis low profile, simple2, bukan jenis yg megah nk tunjuk hidupmewah dan pakai brg branded pun.

“KALAU SUAMI AKU FATTAH AMIN PUN JALAN KAKI pun Aku redha yeee !!!!!!!!!!!!!! apa lg naik bus

“Rasanya Amira ni walaupun dia sendiri anak orang kaya tapi jenis x berlagak dan low profile mybe sbb tu fattah suka dan x tunggu lama untuk kawin,” tulis netizen. 

Must-Watch Video

Advertisement