Skip to main content

Media Sosial

“Tak Follow-Back Bukan Sebab Benci, Tapi Sebab…” – PU Riz”

pu riz

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberikan pandangan mengenai isu tidak saling mengikuti di media sosial yang sering menjadi bualan dalam kalangan pengguna.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Thread, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 30, menjelaskan tindakan tidak memulangkan semula follow bukanlah kerana membenci seseorang.

Advertisement

“Kadang kita tak follow-back bukan kerana benci. Tapi simply because saya tidak mahu diganggu dengan apa yang dibawa pemikiran awak,” tulisnya.

Menurut suami kepada selebriti popular Neelofa itu lagi, setiap individu mempunyai kelemahan masing-masing, justeru lebih baik menjaga hati dengan cara tidak terlalu mengambil tahu perkara yang boleh mengganggu fikiran.

“Percayalah ini bukan masalah orang. Kita yang hati lemah, jadi lebih baik tidak ambil tahu daripada sakit sendirian.

“Jaga fikiran kita, Insya-Allah selamat,” katanya.

Perkongsian PU Riz itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya mengenai cara mengawal emosi serta menjaga kesihatan mental di era media sosial yang serba mencabar.

Must-Watch Video