Skip to main content

Hiburan

Tak Guna ‘Stuntman’, Shukri Yahaya Cedera Jayakan Babak ‘Single Take’ CHELOT - “Badan Koyak, Balut Terus Sambung”

Tak Guna ‘Stuntman’, Shukri Yahaya Cedera Jayakan Babak ‘Single Take’ CHELOT - “Badan Koyak, Balut Terus Sambung”

Sekilas

  • Pelakon Shukri Yahaya mengalami kecederaan melecur dan luka pada bahagian belakang badan akibat letupan ‘pyro’ ketika menjalani babak aksi ‘single take’ dalam filem CHELOT.
  • Walaupun cedera, Shukri teruskan penggambaran dan kembali ke lokasi selepas rawatan untuk buat satu lagi rakaman babak sama tanpa menggunakan pelakon lagak ngeri.
  • Filem CHELOT yang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk babak aksi ‘single take’ terpanjang dijangka ditayangkan di pawagam pada Ogos ini.
Advertisement

Pelakon Shukri Yahaya mengalami kecederaan melecur dan luka pada bahagian belakang badan ketika menjayakan babak aksi ‘single take’ dalam filem terbaharu, CHELOT.

Menurut Shukri, insiden berlaku ketika dia sedang berlari sebelum terkena kesan letupan ‘pyro’ dipercayai akibat kesilapan waktu antara pergerakannya dengan pasukan teknikal.

Advertisement

“Ada berlaku kecederaan masa babak ‘one take’ itu. Saya berlari, ada waktu yang tak tepat, kesilapan manusialah sama ada kesilapan saya atau bahagian ‘pyro’.

“Sama ada ‘pyro’ itu meletup awal atau saya terlebih laju ke depan, jadi terkena badan saya sedikit,” katanya.

Biarpun menyedari dirinya terkena letupan tersebut, Shukri tetap meneruskan babak sehingga selesai kerana penggambaran sudah memasuki pertengahan dan membabitkan ramai kru.

“Waktu kena pun saya tetap teruskan sebab ‘one take’, kita dah sampai separuh dan melibatkan ramai orang.

“Teruskan juga sampai habis. Bila ‘cut’, mereka tanya saya okey atau tidak. Saya cakap, ‘Aku rasa tak okey ini, cuba periksa’.

“Terus pergi hospital dan alhamdulillah selepas diperiksa, tak ada apa-apa yang patah,” ujarnya.

Shukri berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi pengenalan pelakon dan pelancaran poster filem terbaharu lakonannya, Chelot di Bungalow 37, pada Khamis.

Mengulas mengenai kecederaan dialami, pelakon berusia 38 tahun itu berkata, bahagian belakang badannya melecur selain terluka akibat serpihan kaca yang menembusi pakaian.

“Belakang saya melecur. ‘Pyro’ itu pecah, kaca masuk.

“Saya pakai baju kemeja dan sut tetapi tetap tembus sehingga badan saya koyak. Tak ada jahitan, cuma tetap koyak,” katanya.

Lebih mengejutkan, Shukri kembali ke lokasi penggambaran selepas mendapatkan rawatan di hospital dan bersetuju melakukan satu lagi rakaman babak sama.

“Selepas balik dari hospital, dah periksa semuanya okey dan badan pun sudah dibalut. Mereka tanya, ‘Boleh buat lagi tak?’, saya kata, ‘Jom kita buat satu lagi ‘shot’.’

“Masa tengah cedera itu kami buat satu lagi ‘shot’. Dah okey, baru balik.

“Saya tak mahu tangguhkan produksi. Bukan masalah besar pun bagi saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, pengalaman tersebut membuatkan Shukri lebih berhati-hati dan mahu setiap pergerakan dalam babak aksi terutama melibatkan letupan diperincikan selepas ini.

“Selepas ini saya akan tanya lebih terperinci, bila nak buat, bila nak letupkan dan bila nak baling.

“Sebenarnya tiga hari latihan itu memang dah sempurna. Benda ini lumrah, tak ada saya nak merengek atau apa. Balut dan teruskan,” katanya.

dfg

Sumber foto; ACT 2 Pictures

Pada masa sama, Shukri menegaskan aspek keselamatan perlu sentiasa diberikan perhatian oleh semua pihak terutama pasukan teknikal dan ‘pyro’.

“Selepas ini kena lebih berhati-hati, bukan saya sahaja tetapi seluruh pasukan teknikal dan pasukan ‘pyro’ kena lebih tepat apabila melibatkan keselamatan.

“Nasib baik kena belakang badan. Kalau kena muka, herot muka saya, dah lah satu watak ini sahaja saya dapat,” selorohnya.

Tambahnya, babak ‘single take’ berkenaan dilakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri.

“Tak ada ‘stuntman’, buat sendiri. Babak ‘one take’ itu semua sendiri.

“Berlari, kereta masuk, ‘pyro’ pecah, semuanya betul. Cermin pecah, apa yang kita tembak itu semua betul,” katanya.

Sebelum ini, CHELOT yang turut dibintangi Beto Kusyairy menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Longest Single-Take Action Sequence in a Movie.

Filem arahan Adrian Teh itu dijadualkan menemui penonton di pawagam pada Ogos ini.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must Watch Video

Advertisement