Skip to main content

Hiburan

Tak Hadir Majlis Perkahwinan Datuk Red, Adira Suhaimi Anggap Bukan Isu Besar - "Jangan Ganggu Saya..."

Adira Suhaimi

Sekilas

  • Adira Suhaimi menjelaskan ketidakhadirannya ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Datuk Red, bukan isu besar dan tidak menghalang bekas suaminya bertemu anak-anak mereka.
  • Adira memohon ruang untuk fokus menjaga empat anaknya dan kerjaya tanpa gangguan daripada isu peribadi.
  • Adira dan Datuk Red berkahwin pada 2015 dan bercerai pada 2024, dikurniakan empat anak berusia antara 3 hingga 7 tahun.
Advertisement

Penyanyi, Adira Suhaimi tampil mengulas mengenai ketidakhadirannya ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 35 berkata bahawa perkara tersebut bukanlah isu yang patut diperbesarkan memandangkan dia tidak pernah menghalang Datuk Red untuk bertemu dengan anak-anak mereka.

Advertisement

"Isu saya tidak hadir ke majlis perkahwinan dia bukanlah satu perkara yang besar sehingga perlu diperbesarkan atau diperkatakan secara berlebihan.

"Apa yang penting sekarang adalah saya masih memberi peluang kepada anak-anak untuk berjumpa dengan dia.

"Jadi, dalam menjaga amanah empat orang anak ini, tanpa mengganggu atau menyusahkan sesiapa, saya harap perkara atau isu seperti ini tidak lagi mengganggu saya.," katanya kepada Gempak.

Adira berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sidang media memperkenalkan barisan Cinta Yang Di Akhir Garisan 2.0 di Istana Budaya pada Khamis.

Dalam masa sama, pelantun lagu Khianat Yang Terpilih itu turut memohon agar dirinya diberi ruang untuk menjaga anak-anaknya serta menumpukan pada kerjayanya.

"Harapan saya, berilah saya ruang untuk mencari rezeki dengan tenang dan membesarkan anak-anak saya dengan tenang. Bukan mudah untuk menjaga empat orang anak.

"Saya mencari rezeki untuk menampung segala keperluan mereka, daripada pendidikan, tempat tinggal, makan minum, pakaian hinggalah kepada kesihatan.
Semua itu saya lakukan tanpa menyusahkan atau mengganggu sesiapa.

"Jadi, saya minta janganlah ganggu saya juga kerana saya tidak pernah mengganggu sesiapa.  Berilah saya peluang untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan fokus kepada kerjaya saya.

"Saya tidak mahu isu seperti ini terus berpanjangan kerana anak-anak saya pun sudah besar dan boleh membaca,"ujarnya.

Terdahulu, isu tersebut menjadi perhatian ramai selepas bekas suaminya memaklumkan Adira tidak membawa anak-anak ke majlis resepsinya.

Sekadar rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumab tangga pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun,5 dan Ayob,3.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement