Skip to main content

Hiburan

“Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda” – Fazley Yaakob

“Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda” – Fazley Yaakob

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob mempertahankan Bella Astillah selepas ada pihak mempersoalkan status janda anak dua itu selepas berkahwin dengan Syed Saddiq.
  • Fazley menegaskan status wanita tidak menentukan kebahagiaan rumah tangga dan menolak stigma terhadap wanita berstatus janda.
  • Perkahwinan Bella dan Syed Saddiq berlangsung dengan sekali lafaz di Merdeka 118 Precinct baru-baru ini.
Advertisement

Usahawan dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil mempertahankan Bella Astillah selepas terdapat individu di media sosial yang dipercayai mempersoalkan status janda anak dua penyanyi itu selepas berkahwin dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi Threads, Fazley menyifatkan persoalan sedemikian sebagai tidak wajar kerana status seseorang wanita tidak menentukan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Advertisement

“Ramai juga orang yang ‘bodoh piang’ zaman-zaman Threads ini? Bila BASS dah nikah, banyak pula yang persoalkan kenapa pilih janda anak dua?

“Yang anak dara belum tentu boleh membahagiakan selamanya dan yang janda pula mana tahu boleh bantu bawa ke pintu syurga,” tulisnya.

Menurut Fazley, tidak sepatutnya wujud stigma terhadap wanita berstatus janda kerana perkahwinan bukanlah soal darjat atau pengiktirafan.

Advertisement

“Tak jatuh hina pun kahwin janda dan bukan dapat anugerah pun kahwin anak dara.

“Chill okey guys, doakan kebahagiaan orang dapat pahala daripada buat dosa kering persoalkan takdir dan jodoh,” katanya.

Fazley turut menyifatkan tindakan mempertikaikan pilihan pasangan hidup orang lain sebagai sesuatu yang tidak perlu memandangkan soal jodoh adalah ketentuan masing-masing.

ergh

Perkongsian tersebut dipercayai dibuat susulan komen segelintir warganet yang mempersoalkan keputusan Syed Saddiq memilih Bella sebagai pasangan hidup selepas mereka selamat diijabkabulkan baru-baru ini.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Merdeka 118 Precinct.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

Must Watch Video

Advertisement