Skip to main content

Hiburan

Tak Kejar Watak Utama, Zarif Ghazzi Anggap Watak ‘Second Lead’ Ibarat Sambal Belacan - “Saya Tak Kisah Kalau…”

Zarif Ghazzi

Pelakon, Zarif Ghazzi akui lebih selesa memain watak second lead berbanding watak utama sekiranya  karakter itu dilihat lebih menarik dan mencabar.

Jelas pemilik nama Zarif Farahi Effie Ghazzi, keputusannya itu bukan kerana menolak peluang sebaliknya kerana minat terhadap karakter yang memberinya ruang untuk dia lebih bereksperimen sebagai pelakon.

“Ada produksi yang panggil saya untuk pegang watak lead tetapi setiap kali dapat tawaran, saya akan tengok skrip dulu. Kalau saya rasa watak second lead itu lebih sedap dan lebih menyeronokkan untuk dimainkan, saya akan buat permintaan untuk pegang watak tersebut,” katanya.

“Ada juga watak yang sebenarnya sepatutnya jadi milik saya sebagai lead, tetapi saya sendiri yang minta untuk main second lead sebab saya memang suka watak itu. Saya tak kisah kalau watak utama itu diberikan kepada orang lain,” katanya kepada Gempak. 

Mengulas mengenai persepsi umum bahawa watak utama lebih mendapat perhatian penonton, Zarif tidak menafikan perkara tersebut tetapi menurutnya watak sampingan juga memainkan peranan penting dalam menjadikan sesebuah cerita lebih ‘hidup’.

“Memang orang akan pandang hero dan heroin. Tapi saya lebih suka jadi sidekick. Saya ibaratkan watak second lead ini macam sambal belacan. Nasi goreng itu dah sedap tapi bila ada sambal belacan, rasa dia jadi lebih padu,” jelasnya.

Tambah Zarif, dia kini masih dalam fasa membina pengalaman dalam industri lakonan yang disertainya sekitar tiga tahun lalu.

“Sekarang ini saya baru tiga tahun dalam industri. InsyaAllah, kalau diberi peluang, mungkin tahun depan atau dua tahun lagi saya boleh pegang watak lead. Buat masa sekarang, saya selesa bermain dengan watak second lead dahulu. 

“Kalau dapat tawaran lead pun, tetapi bila tengok watak second lead itu lebih menarik, saya tetap akan ambil watak yang saya rasa boleh beri impak lebih besar,” ujarnya lagi. 

Must-Watch Video

Advertisement