Skip to main content

Hiburan

Tak Kesal Berkahwin, Syafiq Azim Sifatkan Syida Melvin Wanita Yang Baik - “Banyak Kenangan Manis Dan Indah Bersama”

Tak Kesal Berkahwin, Syafiq Azim Sifatkan Syida Melvin Wanita Yang Baik - “Banyak Kenangan Manis Dan Indah Bersama”

Sekilas

  • Bekas suami Syida Melvin, Syafiq Azim, mengakui tiada rasa kesal terhadap perkahwinan mereka yang berakhir dengan perceraian.
  • Mereka menjalani prosiding cerai dengan baik dan bermaafan sebelum lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
  • Syafiq berjanji akan terus menjaga hubungan baik dan memberi sokongan demi kebajikan anak-anak mereka.
Advertisement

Bekas suami kepada pelakon dan usahawan, Syida Melvin iaitu Syafiq Azim mengakui tidak menyimpan sebarang rasa kesal terhadap perkahwinan mereka yang kini berakhir dengan perceraian.

Malah, Syafiq atau nama sebenarnya Mohamad Syafiq Azim Shaheen turut menyifatkan Syida sebagai seorang wanita yang baik sepanjang mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Advertisement

“Syida seorang wanita yang baik. Sepanjang perkahwinan kami bersama, tiada apa yang saya berasa kesal.

“Banyak kenangan manis dan indah saya bersama Syida. Saya ingin ucapkan terima kasih kepadanya.

“Kita sudah bina banyak kenangan bersama, bisnes, rumah kita, membesarkan anak bersama-sama,” katanya kepada Gempak.

Syafiq berkata demikian usai prosiding cerainya bersama Syida di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Syafiq meluahkan rasa syukur selepas prosiding perceraian mereka berlangsung dalam keadaan tenang malah, dia dan Syida turut mengambil kesempatan untuk bersalaman sebelum talak dilafazkan.

“Proses di dalam kamar bicara segalanya berjalan dengan baik. Hakim ada tanya saya buat kali terakhir dan Syida tetap nak teruskan, maka kita teruskan.

“Kami berdua ada bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri, kami bermaafan sesama sendiri sebelum saya lafaz cerai,” kongsinya.

Mengulas lanjut, Syafiq yang juga anak kepada tokoh perniagaan terkenal, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid memaklumkan dia akan terus menjaga hubungan baik bersama Syida demi anak-anak.

“Selepas ini apa jua yang Syida lakukan, saya akan terus menyokong. Mengenai anak-anak pula, saya akan terus beri kerjasama,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Syida dan Syafiq berakhir apabila mereka disahkan bercerai talak satu.

Sebelumnya, kemelut rumah tangga Syida bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen mula mendapat perhatian selepas dia dilaporkan memfailkan permohonan cerai pada Disember tahun lalu.

Permohonan berkenaan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor dan perkara itu turut disahkan oleh peguam yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin mendirikan rumah tangga bersama Syafiq pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement