Skip to main content

Hiburan

Tak Kisah Bertudung Atau Tidak, Ini Ciri-Ciri Wanita Idaman Meerqeen - “Dia Perlu Hormat Keluarga Saya…”

vfdfdf

Sekilas

  • Meerqeen kongsi ciri wanita idaman yang disukai termasuk tinggi, cantik, dan berambut bebas.
  • Pelakon itu tekankan sikap hormat kepada keluarga sebagai keutamaan dalam memilih pasangan hidup.
  • Meerqeen tidak kisah sama ada wanita bertudung atau tidak, asalkan mempunyai adab dan keperibadian baik.

Pelakon Meerqeen tampil berkongsi ciri-ciri wanita yang dicari untuk menjadi pasangannya.

Menerusi podcast Myn & Cat yang dihoskan oleh aktor Yasmin Hani dan Catriana Ross, pelakon filem Klepet itu secara terbuka menyatakan dia menyukai wanita yang memiliki kriteria fizikal tertentu.

“Saya suka perempuan tinggi, cantik, freehair,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, Meerqeen menegaskan perkara paling utama yang dititikberatkan dalam memilih pasangan hidup adalah sikap menghormati keluarga.

“Apa yang paling penting sekali adalah dia perlu hormat keluarga saya. Sebab saya sudah semestinya akan hormat keluarga dia,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai soal penampilan, pelakon berusia 26 tahun itu menjelaskan dia sebenarnya tidak kisah sama ada wanita tersebut bertudung atau tidak, asalkan memiliki adab dan keperibadian yang baik.

“Sebenarnya pakai tudung atau tidak saya okay sahaja. Adab kena ada. Sihat dan fit,” jelasnya.

 

Sumber: TikTok
 

Must-Watch Video

Advertisement