Skip to main content

Hiburan

Tak Kisah Soal 'Privacy', Talk To My Manager Ubah Kehidupan Audra - "Benda Itu Sudah Melekat Sejak..."

Odah
Advertisement

Penyanyi, Audra Zulkifli menganggap penyertaannya dalam program realiti Talk To My Manager (TTMM) sebagai antara keputusan terbaik yang pernah dibuat sepanjang tahun 2025.

Advertisement

Menurut Audra atau lebih mesra disapa sebagai Odah, tawaran yang diterima itu disifatkan sebagai satu rezeki yang tidak wajar ditolak, apatah lagi dia sudah lama mengimpikan perkara tersebut.

“Talk To My Manager adalah satu keputusan paling baik saya pernah buat pada tahun 2025. Sebab bagi saya kalau sesuatu benda itu datang ia bagaikan satu rezeki dan saya tak boleh tolak.

“Alhamdulillah, saya terima dan tak sangka meletup. Bersyukur sangat-sangat,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai ruang peribadinya sebagai anak remaja, Odah akui tidak terlalu memikirkannya kerana sudah terbiasa sejak kecil memandangkan keluarganya juga merupakan insan seni.

Tambah Audra, penglibatannya dalam TTMM turut membuka ruang pembelajaran baharu serta memberi pengalaman berharga yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

“Sejujurnya saya okay sahaja dengan kehidupan sekarang, sama sahaja macam dulu sebab nepo baby kan. Benda itu dah melekat dengan saya sejak saya lahir lagi. Dari dulu juga ibu saya dah ajar macam-macam.

“Bila masuk TTMM ni saya belajar lebih lagi. Dulu saya pernah duduk depan pentas bayangkan saya akan buat persembahan atas pentas besar tapi alhamdulillah akhirnya jadi rezeki saya dan ia adalah satu perkara paling best yang datang dalam hidup saya. Bersyukur sangat-sangat,” tambahnya.

Sekadar info, Audra berjaya menduduki tangga ketiga di program Talk To My Manager dan berjaya menjadi artis dibawah naugan syarikat Siti Nurhaliza Legacy (SNL). 

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Must Watch Video

Advertisement