Skip to main content

Hiburan

Tak Leka Dengan Duniawi, Fattah & Amira Dipuji Netizen, Tetap Jaga Solat Ketika Honeymoon - “Jalan Tak Pegang Tangan Mungkin Jaga Wuduk”

fattah

Gerak-geri pasangan pengantin baharu, Amira Othman dan Fattah Amin terus menjadi perhatian peminat walaupun selepas majlis perkahwinan mereka selesai baru-baru ini.

Terbaharu, tular foto yang memaparkan pasangan sama cantik sama padan itu tetap menunaikan solat ketika bercuti di Switzerland.
 

Advertisement

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Swiss Man, Amira dilihat sedang khusyuk menunaikan solat di sebuah premis makanan, manakala Fattah pula duduk di atas kerusi selepas dipercayai selesai menunaikan fardhu wajib tersebut.

“Pengajaran untuk kita yang melancong, walau di mana pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat. Cinta sampai ke syurga, insya-Allah,” tulis individu tersebut yang dipercayai ejen pelancongan.

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-rata memuji sikap pasangan itu kerana tetap mendahulukan tanggungjawab kepada Allah SWT walaupun sedang bercuti di luar negara.
 

Ada juga yang kagum melihat kemesraan mereka yang sederhana dan penuh rasa hormat, termasuk tidak berpegangan tangan ketika berjalan dipercayai kerana ingin menjaga wuduk.

“Berjalan berdua pun tidak berpegangan tangan, mungkin sebab menjaga wuduk.

“Saya pula rasa segan dengan diri sendiri bila tengok mereka. Masya-Allah… patutlah ramai kawan-kawan Amira cakap dia tak pernah tinggal solat.

“Mungkin mereka tak pegang tangan sebab jaga wuduk. Mahal betul cinta mereka ni,” komen beberapa netizen. 

Malah, ada yang menyifatkan pasangan tersebut sebagai contoh terbaik buat selebriti lain kerana menunjukkan bahawa populariti bukan alasan untuk melupakan kewajipan agama.

“Alhamdulillah… orang baik memang tak perlu tunjuk. Orang sekeliling pun gembira nak kongsikan kebaikan mereka. Fattah dan Amira tunjuk contoh yang baik, menjaga solat di mana saja. Paling saya suka, Amira sentiasa menjaga pakaian,” komen seorang netizen. 

Untuk rekod, Fattah sah bergelar suami kepada Amira selepas pasangan itu disatukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree, Sepang pada malam Ahad lalu.

Majlis tersebut disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan.

 

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement