Skip to main content

Hiburan

Tak Mahu Berlakon Naskhah Seram Sehingga Adik Berusia 10 Tahun, Meerqeen Terpaksa Langgar Prinsip - “Dia Baru Lima Tahun”

Meerqeen

Sekilas

  • Meerqeen mempunyai prinsip untuk tidak berlakon dalam drama seram sehingga adiknya berusia 10 tahun, tetapi terpaksa melanggar prinsip itu untuk drama terbaharunya, Dia Perempuan Sialan.
  • Dia hanya mengetahui drama tersebut bergenre seram ketika sesi pembacaan skrip dan tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon dengan profesional.
  • Meerqeen mengambil langkah membersihkan diri sebelum pulang ke rumah bagi menjaga keselamatan adiknya yang berusia lima tahun sepanjang penggambaran.
Advertisement

Pelakon, Meerqeen memaklumkan dia mempunyai prinsip untuk tidak membintangi naskhah seramsehinggalah adik lelakinya berusia 10 tahun.

Walau bagaimanapun, prinsip tersebut terpaksa dilanggar apabila drama terbaharu lakonannya yang berjudul Dia Perempuan Sialan merupakan sebuah drama bergenre seram.

Advertisement

Ujar Meerqeen, dia hanya tahu mengenai drama tersebut merupakan genre seram sewaktu menghadiri sesi pembacaan skrip.

“Saya terkejut sebenarnya sebab pada awalnya saya ingat drama yang saya bintangi ini bergenre ‘psyco-thriller’ tetapi bila masuk set dan buat ‘script reading’, baru kita tahu rupanya ia adalah genre seram.

“Dan sebenarnya saya letak prinsip untuk tidak berlakon naskhah seram sehingga adik saya berusia 10 tahun, sekarang dia baru berusia lima tahun.

“Itu adalah prinsip saya sebab saya tak nak apa-apa terjadi kepada dia, itu saja sebabnya,” katanya kepada Gempak.

Walau bagaimanapun, bekas peserta Hero Remaja ini memaklumkan dia tetap profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

“Bagi saya tanggungjawab adalah tanggungjawab. Nak tak nak, saya kena jalankan tanggungjawab saya dengan ikhlas,” katanya lagi.

Ditanya mengenai situasi tersebut, Meerqeen berkata dia akan membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ditambah pula adiknya yang baru saja berusia lima tahun.

“Keluarga saya pun sebenarnya tak tahu saya berlakon naskhah seram sampailah beberapa hari saya jalani penggambaran barulah saya maklumkan kepada mereka.

“Bila bercakap soal penggambaran, ada hari kita tak balik dan ‘shooting’ sampai pagi malah adakalanya akan tidur juga di lokasi penggambaran.

“Saya ada adik kecil, jadi saya akan mandi dan bersihkan badan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah,” katanya lagi.

Selain Meerqeen, drama yang mendapat arahan Nurain Sharif itu turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain seperti Hannah Delisha, Caitlin Halderman dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement