Skip to main content

Hiburan

Tak Mahu Guna Orang Tengah, Datuk Red Akui Sukar Berkomunikasi Soal Anak - "Jangan Takut, Saya Tak Ada Cerita Apa, Melainkan..."

fdgfgf

Sekilas

  • Datuk Adnan Abu Bakar kini menghadapi kesukaran berkomunikasi terus dengan bekas isteri, Adira, mengenai hal anak-anak dan terpaksa menggunakan orang tengah seperti adik-beradik atau pembantu rumah.
  • Beliau menegaskan hanya mahu berkomunikasi terus dengan Adira dan tidak mahu melalui orang tengah, serta menafikan sebarang isu lain selain soal anak.
  • Adnan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk pada Disember tahun lalu, manakala Adira terkejut dengan tindakan tersebut dan mereka mempunyai empat anak hasil perkahwinan yang berakhir pada April 2024.

Bekas suami penyanyi, Adira iaitu Datuk Adnan Abu Bakar Adnan mendedahkan dia kini mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan bekas isteri berhubung soal anak.

Menurutnya, dia terpaksa berkomunikasi dengan orang tengah iaitu adik-beradik ataupun pembantu rumah penyanyi lagu Ombak Rindu itu.

“Itulah saya ada permasalahan untuk  berkomunikasi pasal anak. Kalau boleh saya nak berkomunikasi dengan Adira pasal dia maknya.

“Saya tak nak berkomunikasi dengan orang tengah, seperti dengan bibik. Itu saja saya minta.

“Jangan takut, saya tak ada cerita-cerita apa melainkan pasal anak saja,” katanya kepada Gempak.

Datuk Red berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Barat, Sungai Buloh, Selangor pada pagi Selasa.

Ketika ditanya mengenai adakah lafaz rujuk itu dibuat  berikutkan Adira yang difahamkan sudah mempunyai teman lelaki, Adnan bagaimanapun tidak pasti mengenai perkara itu.

“ Dia ada kekasih ke? Saya pun tak tahu. Saya pun tak tahu sebab pasal netizen tuduh saya yang ada kekasih.  Tadalah, saya tak tahu benda itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menerusi peguamnya memaklumkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap Adira pada Disember tahun lalu.

Adira turut memberi reaksi terkejut kerana tidak mengetahui tindakan yang diambil oleh bekas suaminya itu.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.

Must-Watch Video

Advertisement