Skip to main content

Hiburan

Tak Makan Ubat Sejak 6 Tahun Lalu, Vince Chong Dapat Kawal Masalah Bipolar - “Sudah Tentu Kadang-Kadang…”

Vince Chong

Sekilas

  • Vince Chong kini dalam keadaan mental yang stabil dan emosinya lebih terkawal selepas hampir enam tahun tidak mengambil ubat bipolar.
  • Usia matang dan tanggungjawab keluarga membantu Vince mengawal emosinya serta mengurangkan fokus pada diri sendiri.
  • Vince berkongsi pengalamannya untuk memberi kesedaran tentang bipolar dan pentingnya mendapatkan bantuan profesional.
Advertisement

Pernah mendedahkan dirinya menghidap masalah bipolar, penyanyi Vince Chong memberitahu kesihatan mentalnya kini dalam keadaan stabil dan emosinya juga boleh dikawal dengan baik. 

 

Advertisement

Menurut Juara Bintang Akademi Fantasia pertama itu, usia yang semakin matang dan menggalas tanggungjawab kepada keluarga juga menjadi faktor utama emosinya kini dalam keadaan baik. 

 

“Sekarang lebih stabil. Sudah tentu kadang-kadang ada episod tapi boleh dikawal sebab bagi saya sekarang bila kita dah jadi lebih matang dan punya tanggungjawab lebih kepada keluarga, kita kurangkan fikir untuk diri sendiri. 

Advertisement

 

“Kita rasa ada sebab dalam hidup dan masalah bipolar itu pun makin senang untuk dikawal. Saya pun dah tak makan ubat, rasanya dah hampir enam tahun tak ambik ubat,” kongsi Vince kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Vince menjelaskan tujuan dia berkongsi mengenai masalah bipolar yang dihadapinya ketika menjadi tetamu podcast Kita Kita Aje dengan pengacara Datuk Aznil Nawawi kerana ingin memberi kesedaran secara umum. 

 

“Saya ada terfikir juga perlu atau tidak saya kongsi. Sebab dulu stigma orang fasal masalah mental ini berbeza, orang ingat kita psiko. Tapi bipolar bukan psiko. Kita cuma ada masalah emosi erratic, turun dan naik. 

 

“Dan kadang-kadang boleh depress lama sangat. Rasa tak nak keluar, tak nak pergi show mana-mana. Banyak kali Astro suruh saya datang untuk interview semua, saya tak nak pergi sebab saya rasa tak happy dengan diri saya. Saya pun tak tahu kenapa.

 

“Jadi ketika itu saya fikir nak beri kesedaran kepada orang di luar sana. Mungkin ada orang macam saya yang dia tak tahu dia ada masalah ni dan dia boleh dapat bantuan. Itu sebab saya berkongsi untuk beri kesedaran kepada umum,” ujarnya. 

 

Selepas 10 tahun menyimpan rahsia, Vince akhirnya membuka mulut  mengenai perjuangannya berdepan gangguan bipolar buat pertama kali. 

 

Vince berkata, perkara itu terlalu peribadi dan tidak pernah dikongsikan kepada mana-mana pihak sebelum ini, namun memilih untuk berterus terang kerana ingin memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mendapatkan bantuan profesional.

 

Katanya, dia disahkan menghidap bipolar jenis 2 pada 2015 selepas keluarganya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat perubahan emosinya yang ketara.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement