Skip to main content

Hiburan

Tak Mudah Percaya Orang, Ammar Hayyan Selektif Soal Kawan - “Kita Sendiri Boleh Bau…”

Ammar Hayyan

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Hayyan akui sangat berhati-hati dalam memilih kawan dalam hidupnya. 

Jelas Ammar, meskipun ramai yang menyatakan hasrat untuk menjadi kawan namun dia tetap berjaga-jaga agar tidak mudah terpengaruh dengan pergaulan yang tidak sesuai.

“Kalau di kolej ada sahaja yang nak berkawan dengan saya tapi saya agak selektif dalam berkawan. Sebab kebanyakan daripada mereka nak ajak saya keluar malam, saya tak boleh keluar malam,” katanya kepada Gempak. 

Ammar juga berkata, dia boleh menilai keikhlasan seseorang melalui cara mereka mendekatinya. 

Namun, baginya rakan yang benar-benar ikhlas dalam berkawan adalah mereka yang tidak berlebih-lebih dalam melayaninya, sebaliknya bersikap biasa dan tidak memandang status keluarga.

“Bila orang tanya kita boleh jadi kawan atau tidak, kita sendiri boleh bau kalau orang itu ikhlas atau tidak. Kita dah boleh tengok daripada rupa dan cara mereka layan kita sudah pasti ada sebab-sebab tertentu. 

“Tapi kalau mereka sejenis random, layan kita biasa sahaja bagi saya itulah orang yang betul nak berkawan dengan kita,” tambahnya. 

Must-Watch Video

Advertisement