Selepas hampir tiga dekad menggegarkan layar perak dengan aksi penuh mendebarkan, filem terakhir francais Mission: Impossible – The Final Reckoning (MI8) kini boleh ditonton terus dari rumah melalui saluran Astro First bermula 29 Ogos lalu.
Lebih istimewa, inilah kali pertama dalam sejarah francais ikonik itu membolehkan penonton di Malaysia menyaksikan pengembaraan terakhir watak Ethan Hunt lakonan Tom Cruise terus dari ruang tamu sendiri.
Advertisement
Filem ini menampilkan detik penuh emosi buat peminat tegar kerana ia merupakan titik noktah perjalanan Ethan Hunt, ejen IMF yang sinonim dengan misi mustahil penuh aksi lasak dan teknologi canggih.
“The Final Reckoning” menjanjikan babak-babak paling epik francais itu dengan aksi mendebarkan di darat, laut dan udara. Ia turut mengimbau semula pengorbanan, persahabatan serta harga yang perlu dibayar Ethan demi menyelamatkan dunia.
Bagi yang membesar dengan francais ini sejak 1996, filem kali ini wajib ditonton kerana ia bukan sekadar aksi, tetapi juga satu perpisahan penuh emosi kepada watak ikonik yang menjadikan Tom Cruise legenda Hollywood.
Top 5 Filem Hollywood Boleh Layan Dengan Satu Harga!
Selain MI8, penonton juga boleh menikmati filem blockbuster Hollywood lain di Astro First – semuanya dengan satu harga tontonan yang boleh dikongsi bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.
Antara filem yang ditawarkan:
1. Mission: Impossible – The Final Reckoning
2. F1: The Movie (Early Access)
3. Superman (Early Access)
4. I Know What You Did Last Summer
5. Smurfs (Early Access)
Dengan satu bayaran sahaja, ramai boleh menonton bersama. Memang berbaloi untuk movie night hujung minggu atau sesi lepak beramai-ramai.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan penamat epik francais aksi paling ikonik Hollywood ini.