Skip to main content

Hiburan

Tak Penat Jawab Soal Cahaya Mata Tapi Amira Othman Mahu Privasi - "Benda Baik Kita Kongsi..."

Amira Othman

Penyanyi Amira Othman memberitahu dia akan berkongsi berita baik melibatkan cahaya mata mengikut masa yang bersesuain.

Amira bagaimana meminta untuk netizen dan peminat memberinya privasi berkaitan kehidupan peribadi.

“Sebelum kahwin orang tanya pasal kahwin, dah kahwin orang tanya pasal mengandung. Kalau ada waktu bersesuaian pasti saya akan kongsikan. Saya mohon sedikit privasi dan ruang. Saya minta doa baik-baik daripada semua peminat dan pengikut.

“Insya-Allah benda baik kita kongsi tapi pastinya kita juga perlukan ruang dan kehidupan seperti orang lain. Tapi tiba masanya saya akan kongsikan. Meskipun menjadi ‘public figure’ kita pun ada kehidupan macam orang lain juga,” katanya kepada Gempak.

Meskipun sering diusul soalan sama, pelantun lagu Rasa & Takdir itu akui dia tidak pernah penat.

“Bagi saya tak bolehlah nak penat sebab ini memang lumrah sebagai ‘public figure’. Kadang-kadang soalan saya dah jawab pun akan ditanya lagi. Sama macam kita buat siaran langsung TikTok walaupun dah jawab akan tanya lagi soalan yang sama.

“Bagi saya itu biasa, kalau kita tak nak orang tanya soalan begini mungkin kita tak patut berada dalam industri,” jelasnya.

Terdahulu, Sebelum ini, ramai yang mendakwa isteri kepada pelakon Fattah Amin itu hamil selepas kelihatan ‘baby bump’ dalam beberapa video.

Pernah ditebak hamil selepas dimasukkan ke wad, Amira menyifatkan spekulasi yang bertebaran sebagai satu kelaziman.

Spekulasi turut tercetus apabila Fattah berkongsi khabar duka apabila Amira tidak dapat menyertainya ke Seoul berikutan isu kesihatan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Pasangan terbabit bergelar suami isteri serentak hari ulang tahun ke-35 bintang filem Pendekar Awang itu pada 14 September tahun lalu.

Must-Watch Video

Advertisement