Skip to main content

Berita Tempatan

"Tak Perlu 'Dipinang'..." - Noraniza Idris Teruja Nak Tonton Konsert Tradisional Siti Nurhaliza

ASTRO GEMPAK kak ani (3)

Sekilas

  • Noraniza Idris mengakui sudah lama ingin menonton Konsert Tradisional Gema Bumantara oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza tanpa mengharapkan jemputan untuk membuat kemunculan istimewa.
  • Beliau mahu belajar bagaimana muzik Irama Malaysia boleh dipersembahkan dalam skala besar dan mengakui komitmen kerja sering menghalang hasratnya hadir.
  • Noraniza memuji pencapaian Siti yang berjaya mengadakan konsert Irama Malaysia di stadium besar dan menyifatkan usaha itu sebagai sesuatu yang wajar dihargai.

Ratu irama tradisional, Noraniza Idris mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meskipun tidak pernah mengharapkan sebarang jemputan untuk membuat kemunculan istimewa.

Malah, Ratu Etnik Kreatif berusia 58 tahun itu menegaskan dia lebih selesa memberi sokongan sebagai penonton sekiranya berpeluang hadir.

"Mungkin ada yang mengharapkan saya buat kemunculan istimewa, tetapi bagi saya tak payahlah.

"Industri muzik kita ini kecil sahaja. Kita boleh menyokong dalam apa juga cara, tak semestinya kena tunggu orang panggil atau beri tawaran," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Zapin Living Lab AKZ 6.0 di ibu negara.

Menurut Noraniza, dia sebenarnya sudah lama memasang impian untuk menyaksikan sendiri konsert tradisional Siti sejak ia mula dianjurkan bersama Allahyarham Pak Ngah.

"Sebenarnya saya memang nak tengok konsert tradisional Datuk Seri Siti sejak mula-mula dia buat bersama arwah Pak Ngah lagi.

"Setiap tahun saya memang teringin nak pergi sebab saya nak tengok bagaimana strategi konsert itu sehingga mampu menarik begitu ramai penonton," katanya.

Penyanyi lagu Awallah Dondang dan Dikir Puteri itu berkata, keinginannya bukan sekadar untuk menikmati persembahan, sebaliknya mahu melihat sendiri bagaimana muzik Irama Malaysia dipersembahkan kepada khalayak dalam skala yang lebih besar.

"Siti ialah satu nama besar dan lagu-lagunya semua popular.

"Saya mahu belajar bagaimana Irama Malaysia boleh dipersembahkan dengan cara yang mampu menarik minat khalayak lebih besar," katanya.

Bagaimanapun, Noraniza mengakui hasratnya untuk hadir sebelum ini sering tertangguh disebabkan komitmen kerja.

"Tahun lepas pun saya memang nak pergi, tetapi ada kekangan kerana program CSR. Tambahan pula ketika itu saya kurang yakin dengan saiz badan sendiri.

"Tahun ini pula apabila konsert itu memasuki ulang tahun ke-10, memang teringin sangat nak hadir. Insya-Allah kalau ada kesempatan," katanya.

Dalam masa sama, Noraniza menafikan dakwaan kononnya dia sudah dipelawa untuk membuat persembahan bersama Siti pada konsert berkenaan.

"Saya dari dahulu lagi jenis yang tak suka simpan harapan yang tinggi.

"Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tiada, tak apa.

"Saya tetap akan sokong Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan cara yang lain," katanya.

Mengulas mengenai penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan, Noraniza menyifatkan ia sebagai satu pencapaian yang membanggakan buat industri muzik tempatan.

"Itu satu perkembangan yang sangat bagus. Dari dulu lagi Siti sudah membuktikan konsert Irama Malaysia juga mampu berkembang daripada pentas Istana Budaya sehingga ke stadium.

"Saya yang pernah terbabit dalam pengurusan acara tahu betapa sukarnya mengadakan konsert berskala besar, apatah lagi membabitkan lagu-lagu Irama Malaysia.

"Pasaran hari ini lebih melihat kepada populariti artis. Jadi untuk mengimbangi kualiti muzik tradisional dengan elemen komersial di stadium besar bukan sesuatu yang mudah.

"Apa yang dilakukan Siti memang sesuatu yang wajar diberikan penghargaan," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Must Watch Video

Advertisement