Skip to main content

Hiburan

"Tak Perlu Tahu Puncanya" - Zizi Kirana Nafi Dakwaan Terlalu Aktif Misi Kemanusiaan Jadi Punca Cerai

Astrogempak ZIZI

Sekilas

  • Zizi Kirana enggan mengulas lanjut dakwaan perceraian disebabkan aktif dalam misi kemanusiaan dan percaya setiap ujian ada hikmah dari Allah.
  • Dia berharap orang ramai tidak buat spekulasi dan fokus jaga kesejahteraan mental masing-masing sambil berterima kasih atas doa dan sokongan yang diterima.
  • Proses perceraian Zizi dan Yusuf Bahrain berjalan lancar dengan kerjasama baik, dan mereka sah bercerai pada 2 April selepas berkahwin sejak 2021.

Penyanyi, Zizi Kirana enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan segelintir pihak yang mendakwa punca perceraiannya dengan aktor Yusuf Bahrain adalah kerana terlalu aktif menyertai misi kemanusiaan.

Menurut Zizi, atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, setiap ujian yang berlaku dalam hidup mempunyai hikmah tersendiri dan sepanjang menyertai misi kemanusiaan, dia belajar untuk mencintai ujian yang diberikan Allah.

“Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan saya tak boleh nak halang cara orang berfikir dan menerima keadaan itu macam mana. Sebab saya percaya, yang bagi ujian itu Allah, jadi setiap kali Allah bagi ujian itu tanda Allah sayang, cintakan kita.

“Ketika saya di mahkamah tempoh hari pun, bila saya sudah umumkan berita itu, saya dapat banyak sangat mesej dari mereka yang terkejut, tanya kenapa.

“Bagi saya, orang luar tak perlu tahu pun sebab apa. Cukup kalian tahu yang kami sampai di situ sahaja dan rezekinya sampai di situ sahaja. Jadi, tak perlulah nak ambil tahu kenapa, apa punca dan sebagainya. Biar kita orang sajalah yang simpan,” katanya kepada Gempak.

Penyanyi lagu Eh itu turut berharap orang ramai tidak terus membuat spekulasi mengenai rumah tangganya dan sebaliknya memberi tumpuan kepada kesejahteraan diri sendiri.

“Untuk yang di luar sana, saya rasa kalian jaga mental sendiri, elok tak perlu ambil tahu. Tak perlu buat spekulasi. Saya sangat berterima kasih kerana ramai yang mendoakan saya ketika itu. Saya sampai terkejut. Banyaknya dan, comelnya mereka doa macam ini, komen macam ini pada saya.

“Ramai yang positif. Saya juga minta maaf kepada kawan-kawan. Sebenarnya masa itu sangat ramai mesej saya, tapi saya tak tahu macam mana nak cakap. Saya memang pada masa itu saya tak sedia lagi untuk memberi komen. Ketika itu pun saya memang sedang buat persiapan nak pergi misi kemanusiaan. Ketika menjalani misi itu pun saya memang tak terfikir mengenai perkara itu (perceraian).

“Bila dah selesai (perceraian) itu, Alhamdulillah saya terus balik rumah, kemas barang kerana saya perlu ke Mesir untuk misi kemanusiaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zizi turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan perceraiannya dipermudahkan dan berlangsung dalam keadaan yang baik.

“Allah itu Maha Baik. Allah memudahkan perkara itu. Memang tak ada kerumitan dan alhamdulillah juga pihak sana bagi kerjasama yang sangat baik. Saya pun alhamdulillah tenang,“ katanya.

Terdahulu, Zizi dan bekas suaminya, Yusuf Bahrin mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement