Skip to main content

Selebriti

Tak Pernah Ada Masalah Dengan Hussain, Zaki Yamani Percaya Masing-Masing Ada Rezeki - “Saya Akan Sentiasa Sokong…”

Zaki Hussain

Sekilas

  • Zaki Yamani menafikan mempunyai masalah dengan Hussain Jamilul Hayat dan menegaskan hubungan mereka baik serta sentiasa menyokong kerjaya sepupunya itu secara peribadi.
  • Zaki juga menafikan dakwaan tidak menyantuni bapa Hussain, Jamilul Hayat, dan menjelaskan mereka berhubung baik serta pernah bersalaman ketika program Big Stage Rockerfuel.
  • Tambah Zaki, populariti Hussain adalah rezeki yang diterimanya dan dia sendiri juga fokus pada rezeki dan kerjayanya masing-masing.
Advertisement

Penyanyi, Zaki Yamani menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bintang Big Stage Rockerfuel, Hussain Jamilul Hayat.

Menafikan dakwaan mempunyai masalah dengan Hussain, Zaki berkata hubungan mereka baik-baik sahaja dan dia sentiasa menyokong kerjaya sepupunya itu, namun memilih untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan mereka kepada umum.

Advertisement

“Saya dan Hussain sebenarnya kami okay dan saya akan support dia macam saudara-saudara.

“Saya tak hebohkan tentang hubungan kami, sebab saya pun rapat dengan adik dia. Masing-masing punya rezeki, walaupun saya tidak tunjuk tapi saya boleh sahaja mesej dia.

“Saya akan sentiasa sokong dia, kami bersaudara jadi saya akan buat belakang tabir sahaja, saya tak akan expose,” jelasnya.

Zaki berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan filem Tiket Sehala di TGV Sunway Pyramid pada Rabu. 

Tambah Zaki lagi, adik Hussain iaitu Syakir turut terlibat dalam filem lakonannya, Tiket Sehala sebagai pelakon tambahan.

“Orang akan lihat kita ni daripada luar. Saya pun okay sahaja dengan Syakir. Sebenarnya nak dijadikan cerita, Syakir juga merupakan salah seorang pelakon Tiket Sehala, jadi kami ada berjumpa di set penggambaran.

“Tetapi itu sahajalah, saya tidak ada apa-apa masalah. Saya okay sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Zaki turut menafikan dakwaan kononnya dia tidak menyantuni atau bersalaman dengan bapa Hussain, Jamilul Hayat ketika hadir di Big Stage Rocketfuel baru-baru ini.

Tegas Zaki, hubungan mereka juga baik dan dia sendiri menyapa serta bertanya khabar bapa saudaranya ketika bertemu di program berkenaan.

“Saya salam! Sebenarnya itu (dakwaan) salah, salah sangat-sangat salah. Ketika program tengah berehat, Pak Hayat keluar, saya bawa dia ikut sekali.

“Saya salam dia, saya tanya dia ‘Pak Hayat dah makan? Okay ke?’, saya salam dia. Hubungan saya dengan mereka okay sahaja.

“Saya tak ada apa itu semua  hanyalah spekulasi daripada netizen,” tegasnnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai populariti Hussain yang semakin meningkat, Zaki menganggap perkara tersebut sebagai rezeki yang telah ditetapkan buat penyanyi berkenaan.

“Itu itu rezeki dia dan saya tak ada apa-apa masalah. Saya pun ada rezeki saya. Korang okay, saya okay,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Must Watch Video

Advertisement