Sekilas
- Pereka fesyen Emran Rijal memuji Hussain dari Big Stage Rocketfuel kerana penampilannya yang sangat natural sebagai model di Minggu Fesyen Kuala Lumpur.
- Emran menyatakan ini adalah pengalaman jarang dilihat dalam lapan tahun kerjayanya dalam industri fesyen.
- Hussain pula berterima kasih kepada Emran dan pasukan EMRI atas peluang dan pengalaman yang diberikan sepanjang acara tersebut.
Pereka fesyen, Emran Rijal meluahkan rasa bangga terhadap bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain selepas melihat penampilannya sebagai peragawan bagi jenamanya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Emran, sepanjang lapan tahun berkecimpung dalam industri fesyen, dia jarang melihat seorang model yang mampu berjalan di pentas dengan begitu natural seperti Hussain.
“Selama lapan tahun dalam industri fashion, abang tak pernah lagi nampak model yang boleh walk as natural as Hussain. Abang bangga dengan Hussain!
“Now, let’s get back to work for this weekend. Cindai yang manaaaa,” tulisnya.
Sementara itu, Hussain turut menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang amat dihargai.
“Terima kasih Abang Emran, Kak Tyra dan seluruh team EMRI atas jemputan ke Kuala Lumpur Fashion Week.
“Saya sangat menghargai layanan dan pengalaman yang diberikan. Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan atau kekhilafan daripada pihak saya sepanjang berada di sana.
“Semoga kita berjumpa lagi di lain kesempatan,” katanya.