Skip to main content

Selebriti

Tak Sampai Hati Lihat Isteri Mengidam, Harris Annuar Tempah Satu Hall Wayang - “Tak Sayang Juga Tak Tahulah, Pelik Pelik Dia Ni Kalau Mengidam Pun”

Harris Annuar isteri mengidam

Sekilas

  • Pelakon Harris Annuar berkongsi momen manis melayan isteri hamil, Asha Merican yang mengidam makan sosej sambil duduk di kerusi panggung wayang.
  • Harris menempah satu hall panggung wayang khas untuk Asha bagi memenuhi hasratnya itu dan memastikan keselesaan isteri tercinta.
  • Gelagat pasangan ini mencuri perhatian netizen yang terhibur dengan keunikan dan kecomelan mereka sepanjang tempoh kehamilan.

Pelakon, Harris Annuar mencuri perhatian netizen selepas memuat naik momen mencuit hati melayan isterinya, Asha Merican yang sedang hamil mengidam.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Harris memaklumkan isterinya mengidam untuk makan sosej dan duduk di atas kerusi panggung wayang.

“Episod satu sudah bermula, teringin nak makan hotdog tapi yang nak duduk atas kerusi wayang pulak dah,” tulisnya.

Bagaimanapun, Harris kemudiannya menunaikan hasrat Asha dengan menempah satu hall panggung wayang demi keselesaan isteri kesayangannya itu.

Menerusi video pendek yang dikongsikan, jelas kelihatan wajah gembira isterinya memegang makanan tersebut sambil masuk ke dalam panggung wayang dan memilih tempat duduk.

“Sempena awak hamil, saya tempah satu hall untuk awak. Nak sangat kan makan sosej sambil tengok wayang.

“Kalau tak sayang juga tak tahulah, pelik pelik lah dia ni kalau mengidam pun,” maklumnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lucu pasangan berkenaan.

Asha sebelum ini juga menarik perhatian apabila dia secata tiba-tiba mengidam mahu menghidu bau simen dan bermain permainan lato-lato pula ketika hamil anak pertama pada tahun 2023.

Terdahulu, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.

Anda mungkin berminat dengan

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

Must-Watch Video

Advertisement