Skip to main content

Hollywood

Tak Tahan Kena Kecam, Cardi B Lakukan Pembedahan - “Ramai Sangat Yang Suruh Saya…”

Cardi B

Sekilas

  • Cardi B mengakui sudah menjalani prosedur pembedahan untuk mengecilkan punggung selepas sering dikritik mengenai saiznya.
  • Dia menjelaskan tidak melakukan liposuction kerana risiko kulit kendur dan memilih prosedur yang tidak memerlukan tempoh rehat lama.
  • Cardi B juga mendedahkan pernah mendapatkan suntikan filler secara haram pada usia 21 tahun dan membatalkan rancangan rawatan susulan kerana isu keselamatan.
Advertisement

Rapper sensasi Cardi B melahirkan rasa kurang senang apabila kerap dikritik mengenai penampilan bentuk tubuhnya terutama pada bahagian punggung,

Ramai dalam kalangan peminat menyifatkan penyanyi itu memiliki punggung yang besar dan meminta agar dia menjalani prosuder kosmetik mengecilkan punggungnya.

Advertisement

Bengang dengan kecaman yang diterima, Cardi B akhirnya mendedahkan dia sebenarnya telah melakukan prosuder pembedahan mengecilkan punggung.

Menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram yang kini kembali tular di platform X, penyanyi lagu Imaginary Playerz berusia 33 tahun itu mengakui dia sebenarnya sudah pun menjalani prosedur tersebut.

"Ramai sangat suruh saya kecilkan punggung. Jadi saya mahu beritahu, saya memang dah buat pun (kecilkan punggung)” katanya seperti dilaporkan People.

Bagaimanapun, Cardi B menjelaskan dia tidak boleh menjalani prosedur sedut lemak (liposuction) pada bahagian punggung kerana kulitnya kini agak longgar.

Menurutnya, jika hanya melakukan liposuction, punggungnya berisiko menjadi kendur dan memerlukan pembedahan tambahan bagi membuang lebihan kulit.

"Saya tak sanggup melalui proses itu. Saya tidak mahu berbulan-bulan berehat di rumah. Saya masih aktif bekerja dan menikmati kehidupan," ujarnya.

Cardi B turut menjelaskan keputusan mengecilkan punggung dibuat kerana bentuk badannya yang sememangnya kecil dan genetik keluarganya.

"Saya seorang yang bertubuh kecil. Mak saya kecil, kakak saya kecil dan ibu saudara saya pun bertubuh kecil," katanya.

Dalam masa sama, Cardi menepis dakwaan kononnya dia masih kerap menjalani pembedahan kosmetik.

"Kenapa setiap kali saya nampak cantik, orang terus kata saya buat pembedahan? Kali terakhir saya jalani prosedur ialah pada Januari 2024 dan ketika itu saya bukan buat liposuction, tetapi mengecilkan punggung seperti yang ramai suruh," jelasnya.

Sebelum ini, dia  mendedahkan pernah mendapatkan suntikan pengisi (filler) secara haram pada bahagian punggung ketika berusia 21 tahun. Pengakuan tersebut dibuat kepada GQ pada tahun 2018.

Dalam pengakuan sama, Cardi B mendedahkan telah berhabis sekitar AS$800 dan dilakukan oleh individu tidak bertauliah di sebuah ruang bawah tanah di Queens, New York.

Ketika itu, Cardi B mengakui memilih suntikan filler kerana tubuhnya terlalu kurus dan tidak mempunyai lemak yang mencukupi untuk menjalani prosedur pemindahan lemak.

"Tiada ubat bius langsung. Itu kesakitan paling teruk yang pernah saya rasa. Saya hampir pengsan dan cecair masih keluar selama lima hari," imbaunya.

Lebih mengejutkan, Cardi B berkata dia pernah merancang untuk kembali mendapatkan rawatan susulan, namun hasrat itu terbantut selepas wanita yang melakukan prosedur tersebut ditahan polis kerana didakwa menyebabkan kematian seorang pelanggan.

Sementara itu pada awal tahun ini, Cardi B turut bergurau mahu ke Colombia bagi mengecilkan lagi saiz punggungnya selepas selesai jelajah konsert.

"Selepas tamat jelajah ini, saya nak buang sedikit lagi. Jangan cari saya selama tiga bulan, saya nak ke Colombia," katanya dalam satu video.

Namun sebulan kemudian, ketika muncul dalam rancangan Today, Cardi b mengubah fikirannya.

"Saya ada cakap macam itu, tapi saya tidak jadi buat. Saya cuma nak kecilkan sedikit saja, tetapi sekarang saya memang tak ada masa," tutupnya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement