Skip to main content

Hollywood

Tak Takut Kulit Makin Kendur, Selena Gomez Terima Proses Menua - "Kita Masih Hidup"

Tak Takut Kulit Makin Kendur, Selena Gomez Terima Proses Menua - "Kita Masih Hidup"

Sekilas

  • Selena Gomez tidak takut dengan proses penuaan dan melihatnya sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang perlu diterima.
  • Pelakon dan penyanyi berusia 34 tahun itu menikmati menjadi semakin dewasa dan menganggap usia hanyalah angka.
  • Walaupun menerima perubahan fizikal, Selena tetap menjaga kulitnya dengan rutin hidrasi menggunakan serum, pelembap, dan eye patch.
Advertisement

Ketika ramai individu berusaha mengekalkan penampilan muda, penyanyi dan aktres Selena Gomez mempunyai pandangan berbeza apabila mengakui tidak takut berdepan proses penuaan.

Bagi bintang ‘Only Murders in the Building’ itu, peningkatan usia bukan sesuatu yang perlu dianggap sebagai perkara buruk, sebaliknya sebahagian daripada perjalanan kehidupan.

Advertisement

Dalam temu bual bersama People, Selena yang kini berusia 34 tahun mengakui dia sebenarnya menikmati proses menjadi semakin dewasa.

“Saya tidak merasakan penuaan sebagai sesuatu yang buruk.

“Saya suka menjadi semakin berusia. Banyak perkara akan berubah dan kulit akan mengendur, tetapi kita masih hidup.

“Bagi saya, usia hanyalah angka,” katanya.

Tetap jaga kulit

Bagaimanapun, sikap terbuka menerima perubahan fizikal akibat peningkatan usia tidak bermakna Selena mengabaikan penjagaan dirinya.

Pemilik jenama kecantikan Rare Beauty itu mempunyai kulit kering dan memberi tumpuan kepada rutin penjagaan yang membantu mengekalkan hidrasi kulit.

Advertisement

Antara produk yang menjadi pilihannya termasuk serum dan pelembap.

Isteri kepada penerbit muzik Benny Blanco itu juga menggunakan ‘eye patch’ secara rutin bagi membantu mengurangkan masalah mata sembap dan lingkaran gelap di bawah mata.

Pandangan Selena mengenai peningkatan usia itu sekali gus mengetengahkan perspektif bahawa perubahan pada tubuh dan wajah merupakan sebahagian daripada kehidupan yang tidak semestinya perlu ditakuti.

Sumber: Buzzfeed, People

Anda mungkin berminat dengan

Korean Pomegranate Collagen jelly stick

Korean Pomegranate Collagen jelly stick

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

[425ml x 24bottles] Bubbles O2 Naturally Oxygenated (Oxygen-Rich) Mineral Water - 1Box

[425ml x 24bottles] Bubbles O2 Naturally Oxygenated (Oxygen-Rich) Mineral Water - 1Box

Must Watch Video

Advertisement