Sekilas
- Ahli kumpulan Dolla, Sabronzo, mendapat pujian kerana tidak mengucapkan Selamat Hari Natal dalam video terbaru kumpulan itu di TikTok.
- Video 10 saat tersebut menampilkan Tabby dan Angel mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian dengan ringkas dan mesra.
- Perkongsian itu menjadi tular dan ramai memuji keputusan Sabronzo untuk berdiam diri dalam ucapan tersebut.
Ahli kumpulan Dolla, Sabronzo meraih pujian ramai apabila memilih untuk tidak menitipkan ucapan selamat Hari Natal menerusi satu hantaran video terbaharu kumpulan itu di TikTok, baru-baru ini.
Menerusi TikTok, Dolla dilihat memuat naik video ucapan ringkas buat penganut agama Kristian bersempena dengan perayaan tersebut pada Khamis.
Menerusi video yang berdurasi 10 saat itu, Tabby dan juga Angel menzahirkan ucapan buat mereka yang menyambutnya.
“Kami dari Dolla ingin mengucapkan Selamat Hari Natal buat kalian yang menyambutnya.
“Semoga kalian bergembira sepanjang bertukar hadiah,” ujar mereka.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji tindakan Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli yang memilih untuk berdiam diri.
Sumber: TikTok