Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Adira Tahu Datuk Red Hadir, Terbuka Bekas Suami Beri Sokongan Buat Anggrek - “Saya Tak Nampak Tapi Tahu Yang Dia Datang”

Talk To My Manager 2

Sekilas

  • Adira Suhaimi mengesahkan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, hadir konsert minggu kedua Talk To My Manager 2 untuk sokong anak mereka tanpa berhubung secara langsung dengannya.
  • Adira tetap profesional dan menganggap cabaran hidup sebagai proses pembelajaran demi menjaga emosi dan anak-anaknya.
  • Isu kemelut antara Adira dan Datuk Red masih belum selesai, dengan dakwaan dan penafian berkaitan syarat penyelesaian kes rujuk mereka.

Pengurus kepada bintang Talk To My Manager 2 (TTM2), Anggrek iaitu Adira Suhaimi memaklumkan dia tahu mengenai kehadiran bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu yang hadir bagi konsert minggu kedua program tersebut pada malam Ahad.

Walau bagaimanapun, Adira memaklumkan dia tidak berhubung dengan suaminya yang mesra disapa Datuk Red itu.

Dalam masa yang sama, Adira menegaskan bahawa dia juga tidak menghalang bekas suaminya untuk hadir memberikan sokongan buat anak sulung mereka di pentas berkenaan.

“Saya tak nampak tetapi tahu mengenai kehadiran dia pada malam ini dan saya bagi saja ruang dan peluang untuk dia sokong anak dia, tiada masalah.

“Saya tak berhubung dengan dia jadi dia berhubung terus dengan manager saya,” katanya kepada Gempak.

Mengakui minggu lalu merupakan minggu yang mencabar buatnya namun, ibu kepada empat orang anak ini tetap profesional dan meneruskan kehidupan demi kelangsungan hidup anak-anak.

“Saya anggap apa yang jadi dalam kehidupan sebagai satu proses untuk saya belajar. Mungkin ia akan mengajar saya untuk jadi lebih sabar dan matang.

“Sebagai seorang ibu, saya kena jaga emosi saya lebih-lebih lagi dihadapan anak-anak,” katanya lagi.

Ditanya mengenai kemelut berkaitan dirinya dan bekas suami, Adira memaklumkan isu tersebut masih belum selesai.

“Apa yang saya boleh katakan, masih belum selesai lagi,” ujarnya.

Terdahulu, nama bekas pasangan suami isteri ini mula menjadi bualan selepas Adira meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kemelut kes rujuk mereka.

Dakwa Adira, usahawan itu meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes selain menggugurkan kes saman sivil berkaitan tuntutan hutang.

Datuk Red bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran itu.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must-Watch Video

Advertisement