Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Ani Mayuni & Viviana Juara Lagi, Nana Mahazan & Althea Tersingkir

Talk To My Manager

Sekilas

  • Nana Mahazan dan Althea menjadi pasangan pertama yang tersingkir dari Talk To My Manager 2 selepas mendapat markah terendah menerusi lagu Halaman Cinta.
  • Safura dan Kim Khairii memenangi Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu ketiga serta membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hamper.
  • Program ini dikendalikan oleh Aznil Nawawi dengan juri Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Datuk Ramli M.S, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta Sooka.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Nana Mahazan & Althea menjadi pasangan pertama meninggalkan pentas tersebut.

Nana dan Althea mendapat markah terendah daripada juri menerusi persembahan Halaman Cinta nyanyian asal Misha Omar.

Selain Nana dan Althea, turut berada di tangga tiga terbawah adalah Dato’ Fazley & Fariedz Fazley dan Adira & Anggrek.

Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu ketiga menjadi milik Safura dan Kim Khairii.  

Hasil kemenangan itu mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Datuk Ramli M.S selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement