Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Cik B Kongsi Persiapan, Dah Pindah Duduk KL, Ikuti Kelas Vokal & Menari

Astro Gempak 401

Sekilas

  • Cik B kini menetap di Kuala Lumpur dan mengikuti kelas vokal serta tarian sebagai persiapan untuk Talk To My Manager musim kedua.
  • Dia juga sedang berusaha menurunkan berat badan dengan aktiviti senaman dan berjanji akan tampil lebih segar dalam masa enam bulan.
  • Talk To My Manager musim kedua akan disiarkan secara langsung di Astro Ria mulai 19 April 2026, dengan Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara dan barisan juri yang mantap.

Personaliti media sosial, Cik B berkongsi persiapannya bagi menghadapi program realiti Talk To My Manager musim kedua.

Menurut Cik B, perubahan tempat tinggal menjadi antara persediaan awal apabila kini menetap di Kuala Lumpur selepas sebelum ini menetap di Ipoh.

“Sekarang ini saya duduk di Kuala Lumpur. Saya duduk di tengah-tengah KL, buka sahaja pintu nampak KLCC, memang sangat cantik,” katanya.

Dalam masa sama, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu juga turut mengikuti pelbagai kelas termasuk vokal dan tarian sebagai persediaan menghadapi pertandingan.

“Saya masuk kelas vokal dengan Cikgu Syafi, masuk kelas koreografi, menari semua itu. Sebenarnya saya tak nak pun, mak saya yang suruh,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga mengambil peluang tersebut untuk menurunkan berat badan dengan melakukan aktiviti senaman di gimnasium.

“Alhamdulillah, sekarang mungkin nampak gemuk lagi, tapi sebelum ini lagi gemuk. Saya dah susut 15 kilogram walaupun tak nampak sangat.

“Saya dah ada sedikit ‘jawline’. Tunggu dan nantikan, beri saya masa enam bulan, saya janji akan hilangkan semua lemak ini,” katanya.

Untuk info, Antara barisan manager-artist yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley.

Malam TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.

Musim 2 turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.

Talk To My Manager Musim 2 akan bersiaran mulai 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.

Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

蚕丝保暖内衣Thermal Underwear | Ultra Thin but Warm | Anti-Static & Moisture Wicking | Perfect for Malaysia Cold Weather & Trave

蚕丝保暖内衣Thermal Underwear | Ultra Thin but Warm | Anti-Static & Moisture Wicking | Perfect for Malaysia Cold Weather & Trave

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Must Watch Video

Advertisement