Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Mahu Fokus Bertanding, Linda Jasmine Enggan Ulas Isu Bersama Que Haidar

Astrogempak Linda

Sekilas

  • Linda Jasmine memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu tular yang melibatkan bekas suaminya, Que Haidar.
  • Fokus utama Linda kini adalah penyertaannya dalam program Talk To My Manager 2 bersama anaknya, Tengku Ratu Haidar.
  • Linda memberi bayangan perceraian mereka adalah demi melindungi anak-anak daripada perkara tidak diingini, selepas berkahwin sejak 2009 dan bercerai pada Julai 2024.
Advertisement

Guru tari, Linda Jasmine memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu tular yang melibatkan bekas suaminya, Que Haidar.

Menurut Linda, fokus utamanya ketika ini adalah terhadap penyertaannya dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) bersama anaknya, Tengku Ratu Haidar.

Advertisement

“Tak apa, tak ada komen apa-apa. Just pasal Talk To My Manager saja,” katanya ringkas.

Ketika ditanya sama ada dia terbuka sekiranya Que hadir memberikan sokongan kepada Ratu, Linda tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut.

“Saya tak tahu, no comment,” tambahnya.

Terdahulu, selepas lama mendiamkan diri, bekas isteri kepada pelakon, Que Haidar iaitu Linda Jasmine, seolah-olah memberi bayangan tentang punca sebenar perceraian mereka sebelum ini.

Menerusi satu komen ditinggalkan di TikTok, Linda menyatakan tindakannya berpisah adalah demi melindungi anak-anak mereka daripada perkara yang tidak diingini.

Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement