Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: “Saya Sendiri Cakap Tak Mahu Jadi Juara..." - Azeva

Astrogempak AZEVA

Sekilas

  • Datuk A. Aida berasa bangga dengan pencapaian anaknya, Azeva, yang berjaya ke pentas akhir Talk To My Manager 2 walaupun hanya di tempat keempat.
  • Azeva tidak meletakkan sasaran untuk menang dan mengakui usaha peserta lain sangat hebat serta layak mendapat penghargaan.
  • Perancangan masa depan Azeva sudah disusun termasuk projek lagu duet bersama Zaki Yamani sebagai langkah memperkenalkan dirinya kepada khalayak.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Datuk A. Aida menzahirkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian anaknya, Azeva, meskipun sekadar menamatkan saingan di tempat keempat pada pentas akhir program berkenaan.

Menurut Datuk A. Aida, kedudukan yang diraih bukanlah perkara utama kerana kejayaan Azeva melangkah hingga ke malam kemuncak sudah cukup membanggakan dirinya sebagai ibu dan juga pengurus.

“Alhamdulillah, sebagai ibu merangkap pengurus, apa-apa keputusan pun saya tetap berbangga dengan pencapaian Azeva yang mampu mara dan melangkah ke malam kemuncak ini.

“Saya memang tak mengharapkan juara atau apa-apa nombor. Apabila diumumkan di tempat keempat, saya cuma kata okay sahaja. Saya langsung tak ada perasaan terkilan atau kecewa sebab semua finalis terbaik,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, penerbit terkenal itu turut mengakui setiap finalis mempunyai keistimewaan tersendiri yang menjadikan persaingan di pentas akhir sangat sengit.

“Bagi saya anak Adira ini sangat istimewa. Bila dia naik pentas, kita orang tua pun boleh terpegun. Cik B pula sentiasa tampil dengan idea persembahan yang hebat, manakala Hussain memiliki vokal mantap.

“Pertandingan ini juga bukan semata-mata melihat soal suara atau vokal, barisan juri mengadili persembahan secara keseluruhan,” ujarnya.

Sementara itu, Azeva turut menyuarakan pandangan yang sama dan mengakui dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk bergelar juara.

Menurutnya, usaha yang ditunjukkan oleh peserta lain jauh lebih besar dan wajar diberikan penghargaan.

“Saya sendiri cakap tak mahu jadi juara. Saya nampak usaha finalis lain termasuk Anggrek, Cik B, Hussain serta rakan-rakan lain 10 kali ganda lebih banyak berbanding saya.

“Anggrek pagi, petang, siang dan malam berlatih. Cik B pula sentiasa memikirkan konsep setiap idea persembahan dari A sampai Z. Saya memang nak mereka menang sebab mereka layak.

“Sudah tentu saya sangat gembira untuk Anggrek kerana dia sememangnya layak bergelar juara,” katanya.

Walaupun tidak berjaya membawa pulang gelaran utama, Datuk A. Aida mendedahkan perjalanan seni Azeva tidak akan terhenti di situ kerana beberapa perancangan sudah pun disusun untuk masa depan penyanyi muda itu.

“Banyak projek untuk Azeva bakal direalisasikan selepas ini antaranya menghasilkan lagu duet bersama Zaki Yamani. Bagi saya, penyertaan dalam TTMM2 menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan Azeva kepada khalayak.

“Saya percaya dia mempunyai pakej lengkap untuk melangkah lebih jauh sebagai penyanyi,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement