Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Tiada Penyingkiran! Linda Jasmine & Ratu Tarik Nafas Lega, Kesemua Peserta Lolos Ke Minggu Ketiga

Talk To My Manager 2

Sekilas

  • Konsert Talk To My Manager 2 minggu kedua menyaksikan pasangan Linda Jasmine & Ratu, Pak Azad & Amarra, serta Adira & Anggrek berada di tiga terbawah.
  • Walaupun Linda Jasmine & Ratu diumumkan sebagai peserta tersingkir, tiada penyingkiran berlaku dan semua peserta mara ke minggu ketiga.
  • Ani Mayuni & Viviana diumumkan sebagai pasangan dengan markah tertinggi bagi minggu kedua konsert ini.
Advertisement

Konsert Talk To My Manager 2 (TTMM2) bagi minggu kedua menyaksikan tiga pasangan pengurus dan artis, Linda Jasmine & Ratu, Pak Azad & Amarra, serta Adira & Anggrek berada di tangga tiga terbawah.

Pada malam yang penuh debaran itu juga, Linda Jasmine & Ratu diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas mendapat markah terendah daripada barisan juri.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Linda Jasmine & Ratu menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan dengan kesemua peserta mara ke minggu ketiga TTMM2.

Sementara itu, pasangan Ani Mayuni & Viviana diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi bagi minggu kedua ini.

Bertemakan Lepaskanlah, berikut kedudukan penuh berdasarkan markah keseluruhan minggu kedua:

Advertisement

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

Must Watch Video

Advertisement