Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager: Shuib Pun Tak Berani, Thalita Guna Mickrofon Arwah Siti Sarah - “Bila Pegang, Saya Rasa Ibu…”

Thalita guna mic arwah ibu

Bintang program realiti Talk To My Manager, Thalita Shuib akui mendapat semangat dan kekuatan untuk melakukan persembahan dengan lebih baik lagi selepas mengunakan mikrofon arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin.

Menurut Thalita, tidak mudah untuk menggunakan mikrofon berkualiti tinggi itu namun sebaik sahaja memegangnya, dia seolah-olah dapat merasakan aura ibunya secara simbolik sekali gus mendorong dirinya untuk menyanyi dengan lebih bersungguh-sungguh.

Advertisement

“Itu adalah mikrofon arwah ibu saya, dan saya ada terbaca juga orang kata pakai mic mahal boleh lah, sedaplah suara. Tetapi hakikatnya pakai mic mahal itu suaranya harus lagi dikawal.

“Bila saya pegang mic tu saya rasa oh ibu pun pernah pegang mic ni, ibu pernah menyanyi menggunakannya, ibu pernah ada banyak pengalaman dengan mic tu. Jadi saya rasa macam saya nak buat ibu bangga,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, bapanya, Shuib juga mengakui mikrofon tersebut bukan mudah untuk digunakan kerana kepekaannya yang tinggi terhadap kualiti suara.

“Mikrofon itu sangat susah, tapi ya, itu memang mic ibu dia dan setting itu pun sebenarnya, kalau untuk sayalah, saya pun tak berani nak menyanyi menggunakan mic itu.

“Sebab mikrofon itu terlalu sensitif, jadi kena betul betul pandai menyanyi, handal menyanyi baru boleh pakai mic itu,” ujarnya.

Terdahulu, minggu kedua, Talk To My Manager menyaksikan pasangan anak beranak, Shuib dan Thalita berjaya menduduki tangga pertama.

Menerusi persembahan memukau dengan lagu Always Remember Us This Way nyanyian asal Lady Gaga, Thalita telah meraih markah keseluruhan sebanyak 84.33 peratus.

Must-Watch Video