Pentas minggu kedua, Talk To My Manager (TTMM) menyaksikan pasangan anak beranak, Shuib dan Thalita berjaya menduduki tangga pertama.
Menerusi persembahan memukau dengan lagu Always Remember Us This Way nyanyian asal Lady Gaga, Thalita telah meraih markah keseluruhan sebanyak 84.33 peratus.
Advertisement
Sementara itu, kedudukan kedua menjadi milik Amad (Siti Saerah) manakala Marsya (Liza Hanim) pula berada di tempat ketiga.
Sementara itu, Ammar (Ameng), Athalia (Sharifah Zarina) dan Auddra (Sharifah Shahirah) menduduki tangga tiga terbawah.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pasangan menarik nafas lega selepas sekali lagi tiada penyingkiran diumumkan untuk minggu kedua.
Dalam pada itu, Hadie dan Ina Naim diumumkan sebagai pemenang Gempak Most Valuable Manager.
Pasangan ini mendapat tiga pilihan sama ada untuk ‘mute mic’ para juri, penambahan lima markah atau
peluang kedua untuk mengadakan persembahan.
Pasangan ini sepakat memilih untuk mengadakan persembahan sekali lagi.
Berikut merupakan markah penuh di minggu kedua:
1.Shuib x Thalita - 84.33%
2.Siti Saerah x Amad - 81.00%
3.Liza Hanim x Marsya - 77.00%
4.Aziz M Osman x Ara - 71.00%
5.Ina Naim x Hadie - 59.67%
5.Ameng x Ammar Haikal - 57.33%
6.Sharifah Zarina x Athalia - 46.33%
7.Sharifah Shahirah x Auddra - 40.00%
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.