Skip to main content

Hiburan

Tampilkan Nabil Sebagai Hos, Big Stage Kembali Dengan Identiti Terbaharu… 10 Peserta Rebut Wang Tunai Bernilai RM200,000

Big Stage X Rocketfuel

Sekilas

  • Big Stage X Rocketfuel musim keenam akan bersiaran langsung di Astro Ria mulai 28 Jun dengan 10 peserta yang telah menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment.
  • Program ini bukan sekadar pertandingan nyanyian, tetapi juga platform pembangunan bakat dengan bimbingan profesional dan peluang kerjaya selepas pertandingan.
  • Hael Husaini kembali sebagai juri tetap bersama Akim Ahmad dan Aisha Retno, manakala Nabil Ahmad akan menjadi pengacara bersama seorang rakan gandingan yang belum diumumkan.

Program realiti nyanyian Astro iaitu Big Stage kembali untuk musim keenam menerusi edisi Big Stage X Rocketfuel yang bakal bersiaran secara langsung di Astro Ria bermula 28 Jun ini.

Selepas kejayaan melahirkan ramai bintang dan bakat sejak enam edisi diperkenalkam, Bog Stage X Rocketfuel kali ini tampil dengan kerjasama strategik bersama Rocketfuel Entertainment bagi mencari sensasi hiburan Malaysia yang seterusnya.

Sedikit kelainan pada musim ini apabila kesemua 10 peserta telah pun menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment sebagai langkah awal dalam membina kerjaya seni mereka selepas program berakhir.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, Big Stage bukan sekadar pertandingan nyanyian tetapi platform yang membantu bakat baharu mengembangkan potensi dan membina kerjaya dalam industri hiburan.

“Kerjasama bersama Rocketfuel Entertainment mencerminkan komitmen kami dalam mewujudkan ekosistem pembangunan bakat yang lebih kukuh dan mampan.

“Peserta bukan sahaja diberi platform untuk membuat persembahan, malah turut menerima bimbingan profesional serta peluang pembangunan kerjaya yang mampu membantu mereka berkembang jauh melangkaui pertandingan ini,” katanya.

Musim ini turut menyaksikan kepulangan Hael Husaini sebagai juri tetap yang akan bergandingan bersama Akim Ahmad dan Aisha Retno.

Bukan itu sahaja, Big Stage kali ini juga menonjolkan kelainan apabila menampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara bersama seorang lagi rakan gandingan yang masih belum didedahkan.

Seramai 10 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Saksikan Big Stage X Rocketfuel bermula 28 Jun ini pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement